Saturday 3 September 2016

                                              Double in Standard vs Double Standard

FRIM-please ignore unrelated picture with writing


    It happened many times in our life when we have to make an ultimate decision from the most final decision. Nevertheless, humankind (a polite word on how I address people) are imperfect creature, so the probability of chances making mistakes is something unavoidable no matter how old are you, your experience nor your 'cleverness'.

   However, the best thing for human to learn from the mistakes is also through experience. Whether is/was good or bad, doing mistakes somehow is needed so we know the prevention that can be put/apply in future or suggesting on any new idea for improvements of quality in life.Back to the Islamic history (Seerah), even the  Prophet Moses had to undergo a process of 'correction', when he 'unintentionally' questioned the act of Khidr due to misconceptions and inequality of wisdom granted by Allah Taala at the time (Forgive me if the sentence above in improper arrangement)

    Of course, if you have any background in Engineering or from Sciences  especially in Mathematics , you will easily noticed that my writing today have this kind of elements even just on the surface:

a) Probability from Statistics
b) Quality or Quality Control and Quality Assurance.

    Well, when my year during degree, it seems hard for me to relate between probability and control or QC into my real life( QC was one of my core subjects at that time). Even though, I had to repeat the paper twice (and I love this subject very much including my lecturers- as they like my dad), I assumed that I had made a big mistake on  my view regarding this subject which happened after my graduation!

    Ironically, assuming myself as a 'good student' even without flying colours result base on my concept of belief as 'not an examination-oriented -student', well , I shall admit that already made a mistake. This huge mistake is a misconception. A misconception due to ego inside of me.'A misconception vs  understanding.  A fully comprehensiveness of understanding in order to digest the gist of the knowledge. Nah, just go the simpler word la...(jangan la main pusing-pusing pula-play around the bushes). (Saja ja nak uji BI).

Ok, like this! (lets take a deep breath)

     A confidence interval within the range for almost 90% from 90% total number of university students is actually hope that they will pass all papers even they do not bother if let say they do not apply it or understand more in future. It is just a full stop when students are sitting for the examination. That is why, once they stepped out from the examination hall and start for new semester, all formula or anything about the previous subject are all like 'flying into the air' or 'scattering like ashes' unless, you have to repeat it for the next semester. 

      Amazingly, students however have a special superpower when just in an overnight, they managed to summarize and 'wrap up' all the syllabus which previously  done by the lecturers -the took four months to teach them! Just like after the overnight, the next day they answered the paper, all knowledge also gone into nowhere,huh?So, what is your point actually writer? (Rolling eyes)


    Ok, see... if your assumption that I was kind like that (as I mentioned above), then the answer is FALSE! 0% of CI.... Again, let me share you something, how many of your probability that I would post anything today?  Give me your hypotheses. This question might across your mind, "How do I know when even without knowing who are you or get any information like announcement or pattern in writing?" .Let me guess your answer, ready? One, two, three!

Now lets check the answer:

If your hypotheses is within the range 1% to 100% , then the answer shall be REJECTED ,
or else (if the range is 0%) , the answer shall be ACCEPTED.

    Aah......ok Iman, then what is the correlation between the title, decision, QC probability and your life in this post? (Curious face)

 Hurm..actually I just one to say that probability and QC also can be a subject in my post and it was my choice and decision to write those topics today, in my life. And the topic today is just a bait  to pull you to read my post today.That's it! Haha... Tada...


P/s: Do not underestimate any component of your knowledge. You will see the magnificent of knowledge, how power it is, at least once in a lifetime like my case -a topic today. Or, still you cannot 'see' it, then you have to wait for the meaning of wisdom, the higher level of knowledge including adab and that 'precious', I am still far behind it. Do not put your double standard on your knowledge!

Friday 2 September 2016

                                                 
                                                             CUTI YANG LAMA


FRIM 2015-2016
-Gambar tiada kaitan dengan cerita. Saja mengusik memori.


Salam Jumaat dan Salam Kemaafan.

   Aku tidak tahu kalau selama ini yang aku tuliskan dalam blog ini memberi kesan atau tidak pada sesiapa yang secara tidak sengaja mahupun sengaja mengunjungi halamanku ini. Hal ini kerana, walaupun aku  amat berharap agar sebarang bentuk penulisanku memberi kesan positif kepada pembaca, namun melihatkan ketidakkonsistenanku samada dari segi pengeluaran cerita, tajuk atau subjek mahupun segala segi, jelas menunjukkan aku seakan tiada kreabiliti untuk menjadi 'blogger' yang baik walau hakikatnya, cerita hidupku sebenarnya memang menarik dan berwarna-warni (hal ini bila aku berkongsi cerita  secara lisan mahupun mereka yang sendiri merasai pengalaman bersamaku, kata mereka "ada-ada sahaja cerita yang pelik-pelik berlaku "(tapi bukan kisah kuasa luarbiasa ya).

    Suatu hakikat juga, ketakutanku untuk berkongsi adalah punca juga halaman ini sudah bersawang agak lama. Ketakutan ini adalah kerana memang berkait dengan cerita di atas, kisah-kisah hidupku memang biasanya lain dari yang lain (tak bermaksud juga aku hebat, aku memang biasa-biasa ja walau sedikit perasan diriku istimewa, haha). Aku khuatir bilamana aku menceritakan, akan ada yang mengenaliku. Ya, aku penakut.Mungkin takut dengan kata-kata orang atau mungkin mahu mengelakkan salah faham atau sebenarnya berpunca dari kisahku yang memang sangat menjaga privasi diri sekalipun luarannya aku kelihatan sangat terbuka kecuali hal-hal keluarga.

   Namun, memikirkan bahawa aku mengharapkan sekurang-kurangnya satu skil terasah kembali terutamanya dalam penulisan Bahasa Melayu yang sangat 'usang' sekarang dek kerana kekerapan yang sangat dalam penulisan bahasa Inggeris khasnya untuk kerja-kerja rasmi ketika belajar di UIA (walau BI ku mungkin tak seberapa) dan memang sesungguhnya aku sangat gembira dengan nikmat ilmu dan bahasa di UIA, aku rasa tidak ada salahnya untuk aku memaksa diriku untuk menulis semula dan berusaha sebaik mungkin dalam menjaga penulisan agar tidak memberi persepsi buruk. Paling kurang, ini usahaku.

     Ironinya, sejak sekolah aku sudah memenangi begitu banyak pertandingan menulis karangan.Malah pernah memenangi pertandingan antara sekolah-sekolah, apatah lagi dalam kelas, selalu dapat markah teringgi penulisan atau memenangi antara kelas.Memang penulisan atau karangan adalah antara subjek kegemaranku baik tetapi..

           Aku akui, aku lemah dalam tatabahasa dan pemahaman. Seingatku menjelang SPM atau PMR (tak ingat yang lama), aku pernah mendapat 2 per 10 sahaja markah sedangkan rakan-rakan lain termasuk yang majoritinya bukan Melayu berjaya memperolehi markah yang begitu membanggakan.Jarang aku mencapai 7/10.Apatah lagi selaku pelajar sekolah primier atau aliran perdana (sekarang bergelar Sekolah Kluster) seharusnya aku mudah menguasai komponen-kompoen bahasa ini lagi-lagi bahasa Melayu adalah bahasa utamaku di rumah (di sekolah, aku menggunakan bahasa Inggeris dan jarang bergaul dengan pelajar Melayu atau kerana pelajar Melayu banyak di kelas lain).
                
       Balik kepada cerita asal, sebenarnya minggu hadapan aku akan mula mengajar bahasa Melayu, Sains dan Matematik selaku guru tuiyen peribadi sambilan. Esok, aku perlu mengajar bahasa Arab dan agama/mengaji dan petang tadi aku mengajar mengaji. Jadi guru tuiyen ala-ala ustazah gitu, ya? Nanti akan aku ceritakan bagaimana kerjaya baruku bermula di tempat kelahiranku, insyaAllah. 

   Mungkin akan ada persoalan, tidak dapatkah kerja lain, sebarang temuduga atau mencari tempat lain? Jawapannya...kita sambung nanti. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
    

    

Thursday 30 June 2016

                                                                 
                                       Ramadhan Lalu, Ramadhan Berlalu



Gambar rekod sendiri.Aktiviti menyusun makanan dan minuman oleh sukarelawan.

    Tidak lama lagi Ramadhan akan benar-benar 'melambaikan tangannya' tanda perpisahan. Kali ini merupakan kali ke dua dalam tempoh hampir sepuluh tahun aku berpuasa di kampung  rumahku . Kali terahir adalah semasa aku menjalani praktikal atau latihan industri beberapa tahun lepas. Selebihnya, aku menyambut Ramadhan sebagai anak perantau dalam tempoh aku belajar di UIA.  

   Kalau dahulu, aku antara yang sibuk (acah-acah ja aku ni) di Masjid UIA terutama waktu berbuka sehingga ke waktu sahur/qiam. Bersama-sama para sukarelawan masjid sambil kadang-kadang memakai 'vest' yang tertera logo sukarelawan masjid, dari membentangkan beberapa gulungan tikar menjadi hamparan, menghidangkan bekas makanan,  membuka bungkusan kurma serta membahagikannya, begitu juga dengan air minuman berperisa atau botol mineral sehinggalah kepada menyusun koordinasi pergerakan sukarelawan dan para tetamu lebih 700 orang ( sesiapa yang datang untuk berbuka puasa di masjid samada pelajar atau orang luar) , itulah antara aktiviti harian aku bersama mereka suatu ketika dahulu(yang terakhir pada 2015). Tetapi kini sejak aku menamatkan pengajianku beberapa bulan lepas dan kembali ke pangkuan keluarga untuk berbakti, aktiviti tersebut  kini sudah  pun menjadi suatu kenangan di bumi UIA tecinta.

       Walaupun tidaklah secara peribadinya, diriku kuat untuk hari-hari di Masjid terutama hari-hari biasa melainkan urusan tertentu seperti solat, majlis ilmu, usrah dan sebagainya tanpa menafikan betapa masjid merupakan institusi masyarakat yang sangat berkesan terutama Masjid UIA atau SHAHs Mosque (gelaran warga UIA atau IIUM), namun dengan kehadiran sahabat-sahabat dan orang umum yang sangat menghairankan aku begitu dalamnya cinta mereka pada agama , mereka datang dengan sebuah harapan besar, mencari cinta Tuhan (dengan puasa, solat, iktikaf) dan saudara seagamanya (dengan duduk bersama-sama makan bersama tanpa memilih jenis makanan malah berkongsi rezeki selain pengalaman walhal ada berpuluh-puluh kewarganegaraan ada di situ-UIA sahaja ada lebih kurang 100 negara), membuatkan aku begitu terdorong untuk sama-sama membantu. 

     Apa yang aku mahu kongsikan adalah sebahagian daripada kenanganku di sana, yang mungkin bila di sini (tempat kediaman) memang secara peribadinya agak sukar aku melakukannya atas faktor-faktor tertentu. Tiada sesiapa melarang malah ahli keluargaku memang setiap hari (terutama lelaki) ke surau untuk solat tidak kira bulan puasa atau tak, apatah lagi di bulan Ramadhan utuk berjemaah, terawih atau berbuka. Mungkin juga jarang pulang buat aku janggal di surau kariah sendiri kerana hakikatnya ada perbezaan budaya tentang kedatangan perempuan ke masjid/surau dalam masyarakat  umum Malaysia dengan di UIA.

    Jika di UIA, masjid memang merupakan pusat aktiviti atau  seperti 'orde kosmos' tempat bagi pelajar berkumpul tanpa perlu memikirkan pandangan masyarakat terutama kepada golongan Hawa. Tidak pernah terlintas untuk mencari sebarang alasan 'istimewa' seperti mencari jodoh, mencari Imamku-kata budak zaman sekarang merujuk kepada ala-ala cinta Islamik (masjid UIA banyak ja imam tau, tua muda semua ada), 'merisik' bakal 'zaujah'  atau lain-lain teori kerana mungkin konsep masjid sudah 'diperbetulkan' bagi menghalang 'anasir-anasir jahat' atau pandangan serong jika seseoramg ke masjid, Tidak timbul juga isu, mencari menantu atau mencari mertua pilihan walau mungkin terjadi di alam realiti (itu rezeki mereka, saya tak nak komen) atau mata-mata memerhati seiapa keluar masuk bahagian lelaki atau perempuan. Tidak, tiada sama sekali!

      Namun, mungkin ia berbeza jika kita di kampung halaman atau kawasan perumahan kita sendiri sehinggakan ada yang terlalu jarang atau tidak pernah menjejakkan kaki di masjid/surau walhal dekat ja sedangkan aktif di masjid UIA. Ini antaranya aku la, sangat jarang ke masjid perumahan tetapi 'rajin' pula di masjid UIA dulu, huhu. Nanti dulu!

    Baru sahaja aku jelaskan jawapan di atas, perbezaan budaya di UIA dan masyarakat umum mungkin boleh menjadi sebab kepada jawapan di atas, sementelah memang kalau wanita terutama anak dara adalah sangat biasa dan tidak menjadi perhatian jika solat di masjid UIA  berbanding jika di kawasan perumahan/kampung-lihat sahajalah biasanya orang tua yang biasa ke masjid, kecuali bulan Ramadhan.Mungkin di sesetengah kawasan, tidak menjadi isu jadi pandanganku boleh sahaja tidak 'valid'.Ini antara sebab untukku untuk agak sukar ke masid/surau berdekatan lagi-lagi tanpa ahli keluarga perempuan serta tugasan di rumah dan menemani ahli keluarga yang ada di rumah selain rasa 'malu' yang wujud kerana ketidakbiasaan tertentu.

    Apapun, keringanan kepada kaum wanita untuk ke masjid/surau juga merupakan satu kemudahan kepada kaum Hawa berbanding kaum Adam yang memang diberatkan ke masjid. Sebab itu, masjid UIA memang berbeza dari masid lain. Samada bulan Ramadhan atau bulan biasa, bukan persoalan pada para 'tetamu'nya (tapi memang bulan puasa lagi ramai la).Itulah sebahagian daripada keistimewan bumi UIA. Semua tempat ada baik dan buruknya namun saya sekadar berkongsi cerita benar dan bukan imaginasi berkenaan alma mater ku. Rindu pula...(ambil tisu jap)


    Apapun bagi yag berpeluang ke Masjid UIA mahupun surau/masjid kariah atau mukim anda sendiri, saya ucapkan tahniah! Moga Allah beri ganjaran keampunan dan hidayah buat anda semua dari saya, yang belum berkesempatan ke sana dengan 'pelbagai alasan' dan urusan dunia. Moga kita semua mendapat pahala puasa walau dengan seribu kesilapan yang dilakukan, moga Allah kasihani kita.(Dah seakan perutusan Ramadhan atau Syawalpula..)

   * Bagi yang nak sahur dan buka sekaligus iktikaf di Masjid UIA, silakan sahaja terutama untuk 10 Ramadhan terakhir ni.  Boleh hubungi pejabat Masid atau tanya sesiapa yang anda kenal dari UIA.Nikmati suasana ala-ala di Mekah. Artis pun rajin iktikaf sini.Ewah!

Jumpa lagi!

Monday 6 June 2016




PETITION AGAINTS DEVELOPMENT OF TABUR

Assalamualaikum and Hi fellow friends,
Bukit Mas, Taman Warisan and Bukit Tabur is under threat again! DBKL has requested for feedback and written objections, if any, on the proposed development of two 29 and 30-storey blocks of condominiums on Lot 4249 Jalan Kolam Air Mukim Setapak and today is the LAST DAY for us to send in the letters.
HOW TO PROTEST?
1. Download the letter from the google drive link below
2. fill in your details on the letter
3. e-mail the letter to:
i. dbkl@dbkl.gov.my
ii. jprb@dbkl.gov.my
We, nature lovers and the residents of Bukit Mas and kawasan sekitar will be very grateful if you guys can help us send in your individual letters and share this with your friends and families!
This is the least that we can do to save one of KL's amazing place of nature. TODAY IS THE LAST DAY. HELP ‪#‎SAVETABUR‬
Credit to Bro Shukri Saleh(c&p)

Tuesday 24 May 2016

                          Kuala Lumpur Kota Rayaku & Selangorku Sayang (Bahagian 2)


Gambar UIA Gombak oleh Iman Umar Muhammadi


      Jika semalam aku telah menceritakan memori 30hb  yang sangat kalut itu, maka apa kata kita lihat apa yang berlaku pada keesokkan harinya iaitu 31 Ogos 2007 yang bersamaan dengan Hari Sambutan Kemerdekaan Negara yang...yang  , yang ke berapa ya?cuba kira,haha

   Entah macam mana, aku menyedari yang aku sudah pun kehilangan nota Fizik! Kenapa aku perlu gelabah, kenapa ya? (jap tengah fikir)ermm...mestilah aku kena gelabah sebab yang pertama, lepas cuti tersebut aku bakal menduduki peperiksaan pertengahan semesterku yang pertama dalam hidupku. Yang kedua pula sebab madam aku sangatlah ditakuti,alamak, lari! Haha..Sebenarnya madam sangat baik hati dan tidak kasar bahasa dan tingkah lakunya, tetapi kami gerun dengannya sebab mengenangkan suara madam muda yang nyaring itu. 

        Malah ada pelajar lelaki mengatakan bahawa "Madam tidak kasar tetapi bahasanya 'menusuk jiwa' ". Maksud kami, sungguh madam suaranya lembut tetapi nyaring bunyinya dan apabila beliau 'naik angin' pada kami yang nakal ini, maka kata-kata dan nasihatnya benar-benar tajam dan pedas walau tiada makian atau herdikan, hahahha....aku pun sudah biasa ditegur madam(maaf aku hendak rahsiakan nama madam) secara langsung dalam kelas dengan gayanya tersebut. Aku masih ingat saat madam berkata "awak ni (sambil menyebut namaku), cubalah duduk elok-elok, cuba lihat kawan-kawan awak yang lain. Pakai kain.." , sambil aku tersengih seperti kerang busuk sambil juga kawan-kawan perhati sahaja akanku,haha.Harap kalian jangan lupa pula aku perempuan tau, bukan lelaki(sila rujuk entri sebelumnya)

      Pernah juga satu saat bilamana aku ditegur kerana tulisanku yang cakar ayam walhal masa sekolah rendah sering memenangi anugerah tulisan rumi dan jawi tercantik (sadis). Madam membandingkanku dengan sahabat yang lain sambil berkata " Tulisan awak ni (sambil menyebut namaku) macam cakar ayam, tulisan brother ____ (panggilan untuk pelajar lelaki) lebih cantik dari awak.....".

               Pap! Begitulah lebih kurang ayat madam, sekali lagi kawan-kawan hanya menggelakkan dalam hati, huhu..Tetapi...tetapi...kerana madam lah aku berjaya membaiki tulisanku untuk menyiapkan tugasan Fizik 1 nya itu. Aku sampai  macam OCD pula sebab 1 ja kesalahan terus aku guna kertas baru,haru...Akhirnya, madam memuji peningkatan prestasiku kerana berjaya 'mengemaskan' penulisan tugasanku, terima kasih madam! Nasib baik aku cuma pelajar kejuruteraan (budak engine), jika tak mungkin beratus kertas dan jam aku perlukan semata-mata bagi menyiapkan kerja.

      Madam, saya memang suka dengan madam sebab itu masa sem kedua saya ambil sekali lagi dengan madam untuk 'repeat' subjek tersebut setelah gagal untuk  mendapatkan  'flying colours result' ,ahhaa..Saya ikhlas untuk belajar dengan semua pensyarah saya, saya tidak suka memilih pensyarah kerana bagi saya, saya patut untuk menerima kekurangan dan kelebihan kalian semua dan berbincang bagi mencapai keharmonian, ewah! Tapi ini sungguh dariku, mungkin kerana ini aku mendapat keberkatan untuk belajar walau dengan seribu kepayahan seperti  selalu medapat CGPA yang rendah bawah 2.5 , sangat sukar untuk fokus belajar sehingga ada teman-teman mentertawakanku (ni masa mereka tak matang, sekarang mereka sangat menyokong) ,pernah jatuh sakit yang serius dan sebagainya. 

       Aku menyaksikan sendiri bagaimana sahabat-sahabatku seorang demi seorang baik lelaki atau perempuan yang sama-sama mendaftar mula meninggalkan kos kejuruteraan dan bumi Asasi(Matrik) PJ kerana mereka diuji dengan dugaan seperti 'dismisal' atau dibuang universiti kerana CGPA rendah bawah 2.0  untuk beberapa semester berturut-turut .Ada di antara mereka yang 're-admission' samada masuk balik ke kos yang sama( hanya untuk yang semester pertama dibuang) atau ke kos lain (ke aliran sastera dan kampus mereka juga lain) atau terus membawa beg bagasi keluar dari perkarangan Asasi UIA sehingga kami tidak bertemu lagi malah sehingga ke hari ini.

           Mereka semua rajin, bijak dan baik sangat. Malah, sangat berbeza denganku yang belajar secara asas usahanya walau aku ada juga belajar, sehingga kawan-kawan pernah berkata, kenapa 'mereka' (yang dibuang) yang  harus pergi, sedangkan aku dianggap sebagai 'dungu' kerana walau puas diajar, tetap juga aku tidak faham dan berskor rendah semasa kuiz. Tetapi ketika peperiksaan, walau aku gagal 2 atau 3 subjek daripada hanya 5 subjek yang diambil, ianya tidak menyebabkan CGPA ku bawah 2.0 setiap sem dan sekaligus mengelakkan diriku daripada dibuang universiti. Aku seringkali tidur daripada balajar walau ketika  musim peperiksaan dan tidak menyiapkan tugasan dengan sempurna. Namun , tidak pula aku  sesekali menipu atau meniru (ketika kuiz/periksa).Aku lagi sanggup tidak menjawab berbanding seluruh kelas sedang meniru jawapan masing-masing saat pensyarah keluar seketika,huhu.

       Syukur juga aku mula berubah ketika semester kedua. Aku menjadi terlalu rajin dan lebih bersemangat walau seringkali melakukan kecuaian ketika menjawab peperiksaan khasnya. Kalau dahulu, aku sering bertanyakan mereka, kini aku pula ditanyakan mereka untuk menjawab soalan-soalan walau  kawan-kawan dari kolej/asrama lain sekalipun CGPA ku masih lagi sangat rendah namun ada peningkatan  dari yang sebelumnya, sekurang-kurangnya untuk bertahan sehingga sebelum masuk 'main campus'. Kecuaianku dan kegagalanku menjawab soalan dengan baik sebenarnya berasas, maksud aku ada puncanya. Ini ditambah pula dengan kesukaranku untuk fokus ketika belajar yang mungkin disebabkan sindrom hiperaktif yang bukan serius menjadikan sistem peperiksaan bertulis bukanlah satu medan yang terbaik buatku dalam pelajaran. Tetapi keadaan tersebut tidak wujud semasa zaman persekolahanku kerana aku juga adalah antara  yang pernah menjadi pelajar terbaik sekolah.

        Aku sebenarnya juga mengalami serangan gemuruh seakan panik atau 'anxiety' ketika peperiksaan di alam universitiku. Ia mungkin sejenis keadaan yang manusia panggil sebagai 'blur'. Aku seakan begitu keliru ketika menjawab kertas. Terasa kadang-kadang tahu jawapan tapi tidak pasti, kadangkala rasa memang tak tahu langsung. Seringkali  bila tamat peperiksaan, dan keadaan menjadi tenang, aku mula mengingati semula cara menjawabnya berserta jawapan. Terlalu kerap begitu. Dan cara terbaik buatku adalah dengan membuat banyak latihan bagi mengawal rasa gemuruh bila melihat soalan. Ianya agak berkesan walau tidak sampai 100%, mungkin paling maksimum pun 50 atau 60%, tetapi tetap bermakna buatku, Alhamdulillah.

   Buat sahabat-sahabatku yang pernah bersama-samaku ketika zaman Asasi UIA, PJ pengambilan atau 'intake' 2 tahun 2007 ataupun 'intake 1 dan 3', sungguh aku sangat merindukan kalian terutama yang terpaksa pergi meninggalkan kami lebih awal. Kalian tidak kalah, kerana aku tahu di antara kalian ramai yang ke tempat lain dan menyambung perjuangan kita semua samada dalam kos yang sama(kejuruteraan) atau tidak.Ada di antara kalian (samada kena buang di asasi atau main campus), sudahpun berjaya dalam bidang masing-masing. Hanya sahaja kalian diuji awal dalam bentuk sebegitu. Yang penting, jadilah kita manusia yang berguna, kerana kita masih muda dan amanah buat kita terlalu banyak untuk dipikul . Kalian tahu sebab bumi UIA ni memang banyak kebaikannya walau dahsyat mana zaman silam kita.

P/s: cerita 31/8/2007 bersambung nanti ya?  :D

Monday 23 May 2016

 Kuala Lumpur Kota Rayaku & Selangorku Sayang


Kredit Iman Umar Muhammadi


    Masa aku memiliki tempoh masa yang jauh untuk ku lalui tamatnya masa belajarku di universiti, aku berfikir bahawa aku akan kembali ke negeriku tercinta, Johor. Apatah lagi, aku merasakan ketanggungjawaban untuk aku kembali berbakti kepada kedua orang tuaku (walau mereka tidak terlalu tua) dan 'keadaan' di Johor membuatkan hatiku begitu membuak-buak untuk segera belajar. 

        Aku berimpian untuk kembali ke sekolah lamaku memberikan ceramah motivasi, menceritakan kejayaan serta pahit maung aku menuntut ilmu di universiti serta caraku bermandiri atau 'survive' di ibu kota, walaupun tempat asalku juga bandar. Aku juga berfikir ketika itu aku sudah cukup kuat, membawakan inspirasi baru untuk 'mencantikkan' lagi bumi Johor. 

    Namun semakin aku sampai ke garisan penamatnya, hati menjadi semakin gusar. Tiba-tiba aku beralih arah. I am flipped!(kata orang putih). Akhirnya, aku terjerat dengan kekeliruan dan ketakutan dalaman. Jadilah slogan 'Selangorku Sayang' (sebenarnya Selayangku Sayang) menjadi tema kehidupanku.Dalam beberapa tahun terakhir, macam-macam peristiwa baru terjadi yang secara langsung dan tidak langsung, telah mengubah atmosfera kehidupanku (ayat,peh!).

    Khianat kah aku? Tak la, ni bukan kes pecah amanah. Curangkah aku? Tak la, mana ada kontrak kahwin sini. Lupa daratan? Mana ada...cuma.... cu cuma...cuma apa?

    Akhirnya aku mengerti bagaimana keputusan sahabat-sahabatku yang lain sebelum ini, bilamana mereka membuat keputusan untuk terus tinggal di sini (Kuala Lumpur/Selangor/Hulu Klang) yang berdekatan dengan UIA Gombak setelah aku sendiri mengalaminya. Tiada terlintas untuk jadi seperti kacang lupakan kulit. Pepatah yang berbunyi 'Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri' mungkin tidak lagi relevan buat kami.Hal ini bukan kerana adanya emas di negeri Selangor/Kuala Lumpur yang betul-betul turun dari langit yang menyebabkan berduyun-duyun  orang mengutipnya di tepi jalan tetapi kerana bagiku lagi mudah rezeki untuk ku di sana. 

     Apa itu rezeki? Rezeki sebuah pemberian Tuhan. Definisi rezeki itu amat luas, kau sebut ja. Kesihatan, kelapangan masa, ketenangan hati, kebahagian mahupun kebebasan juga adalah rezeki selain perkara fizikal seperti makanan, pakaian,pekerjaan, rumah dan sebagainya.Dan tidak semua daripada kita menerima jenis rezeki dan bahagian yang sama. Aku mengerti kesukaran hidup di Lembah Klang dan ianya tidak berlandaskan semata-mata mendengar cakap-cakap orang sebaliknya aku sempat merasakannya sendiri walau masih lagi terjaga dan selamat kerana tinggal di hostel masa zaman belajarku selama 9 tahun (lama tu..). 

     Aku terlalu sering keluar untuk bergaul dengan ramai orang atau merasa 'keindahan' kehidupan kota  lain yang berbeza daripada kota kelahiranku.Tapi tak juga aku menjejakkan ke tempat biasa muda mudi menikmati kehidupan ala moden seperti ke kedai steamboat, bermain bowling, makan di the Chicken Rice Shop, Genting Highlands, atau ke kedai makanan korea (namun aku tidak melarang/mengeji jika kalian pergi ok?) Kerana aku akui, definisi hiburanku memang berbeza dari kebiasaan dari kebanyakkan golongan muda zaman kini.Aku agak konservatif, malah untung buatku, sahabat baikku juga begitu. 

              Berhujan dengan basah kuyup menaiki motor yang sangat asas fungsinya dengan kelajuan yang amat perlahan (tak boleh pecut) mengelilingi bandar KL atau ke tempat lain hampir 4 jam pergi balik merupakan satu obsesiku (walau kau punya kenderaan sendiri dan tiada kaitan dengan tiada duit minyak tetapi sahabat baik tak suka naik kereta walau kau kat kos kau nak tanggung). Atau bila kawan baik  sudah lama mempelawa kau nak belanja di kedai makan hipster atau restoran steak terkenal yang cantik tapi kau tahu kawan kau tak da duit/atau ada duit , tetapi kau berkeras mahu makan di kedai tepi jalan bertahun-tahun lamanya sedangkan masa sekolah kau dah biasa makan jamuan di hotel. Atau kau sanggup berjalan kaki/menaiki kenderaan awam seorang diri walau panas terik untuk berbual-bual dan bertegur sapa dengan entah siapa-siapa kerana kau yakin siapalah kau dan begitu baiknya mereka yang jual barang atau sapu sampah tepi jalan?

   Bagaimana pula pengalaman ketika 30 Ogos kira-kira 8 tahun dahulu, yang mana kau beria-ria untuk mendapatkan tiket pulang ke Johor Bahru tapi kehabisan, kemudian dengan gigihnya kau dalam menahan puasa, kau dan sahabat kau segera berlari dari Puduraya ke KL Sentral untuk mendapatkan tiket keretapi  juga gagal . Sebelum itu , khidmat kau untuk menaiki teksi dengan kadar yang betul digagalkan dengan sikap pemandu teksi(segelintir) yang penipu dan cuba mengambil kesempatan dengan  mengenakan caj RM 20 yang biasanya Rm 8-10 tanpa alasan kukuh.Ku berasa takut juga kerana saat itu, berlaku kekecohan tentang rusuhan kaum yang kau khuatir pergerakan dan keselmatanmu akan terbantut.Tetapi sementara itu, kau boleh pula tertinggal nota Fizikmu berwarna biru di Stesen Komuter Kuala Lumpur tapi kau langsung tak ingat atau pasti benarkah di situ atau tepat lain.

  Di KL Sentral pula,  dalam lautan manusia yang asing di mana kau melihat ratusan manusia antarabangsa  yang bersaiz besar yang mungkin hanya engkau dan dan kawan kau sahaja rakyat Malaysia ketika itu, kau tersangkut pula di Kuala Lumpur gara-gara kesilapan pegawai stesen yang tidak mesra dan kasar sehingga kau sedar yang kau dah di KLCC dan salah jalan setelah seorang pemuda budiman tampil untuk membantu (walau pada mulanya kau  sangat curiga dengannya,haha, maaf ya).  Arah jalan yang bertentangan  dari kampusmu ketika jam hampir menunjukkan tamat tempoh perkhidmatan untuk hari itu menyebabkan kau bersegera turun kerana hari sudah begitu lewat malam dengan  sebahagian manusia yang mungkin mempunyai rancangan 'hiburan' yang tersendiri.Kerana tiada lagi bas, kau memilih untuk menaiki teksi, dan kau mendengar cerita penutup dari pak cik pemandu teksi yang sebenarnya terdapat gerakan berbentuk ancaman kepada pemandu teksi yang memasuki Kuala Lumpur dari Selangor dan pergerakan mogok dari pemandu-pemandu teksi.

 Akhirnya selepas lebih 9 jam kau 'meronda-ronda' sekitar KL nak mencari tiket, kau akhirnya tiba semula di hadapan pintu bilik, sekadar untuk menyaksikan bunga api bersama-sama teman sebilikmu yang masih ragu adakah kau benar-benar orang atau tak kerana kau terlalu lama  keluar dari universiti sebelum tiba semula ketika jam hampir 12 tengah malam. Maka akhirnya, gelaklah kawan-kawanmu mendengar ceritamu, sebuah 'bed time story' yang termasuk juga bagaimana kau mengalami kejutan kerana harga makanan yang tidak munasabah bagimu kerana harganya 3-5 kali ganda lagi mahal dari makanan di universitimu sedangkan kau memang seorang penjimat atau 'agak lokek'.haha.Belum lagi, cerita keesokkan harinya apabila kau jatuh dan tersangkut pula di ruang antara badan komuter dan tepi jalan pembahagi. 

Bersambung