SETIA
![]() |
| CFS PJ |
Kau dan aku mungkin tak sempurna
Kau dan aku tahu takkan mudah
Kau dan aku mahukan sempurna
Kau dan aku mengharap bahagia
Setia aku demi dirimu
Setia aku hanya padamu...
Tiada kata yang mampu untuk menggambarkan perasaanku ketika ini. Ketika saat aku menyangkakan bahawa aku sedang 'bergelut' dengan masalah yang begitu agung getirnya, rupa-rupanya hati manusia tidak secerah langit di luar.Pening? Mari aku ceritakan...
InsyaAllah semester ini adalah merupakan semester terakhirku di UIA selepas berkelana hampir 9 tahun di Bumi Selangor dan Kuala Lumpur.Bermula perjalanan aku di sini apabila mendapat tawaran melanjutkan pelajaranku di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa atau nama Inggerisnya Centre for Foundation Studies(CFS) , IIUM di Petaling Jaya.Itupun tawaran tersebut agak lewat tiba di tanganku, masa tu aku di Tingkatan Enam dalam Jurusan Sains tulen (baru kira-kira sebulan juga).
Ketika mula-mula mendapat tawaran juga, hati berbelah bahagi.Kenapa? Sebabnya aku dapat tawaran ke UIA dalam jurusan kejuruteraan (Engineering), sedangkan hakikatnya keinginan aku dari dahulu mahu jadi doktor tentera (army doctor).Ya, doktor tentera! Tertarik aku lihat kesegakan mereka beruniform tentera sambil merawat pesakit-pesakit pelbagai negara, apatahlagi jika mereka ditugaskan ke luar negara. Lihat sahaja pasukan Malbat (salah satu unit tentera yang ditugaskan ke luar negara untuk misi keamanan),bergaya, berjasa!
They (army doctors) so smart in uniform, indeed!
Takdir Tuhan juga yang membawa aku ke UIA, tempat yang terlalu indah bagiku, walau tak kurang pahit dan masam pengalaman di sini. Macam manalah nak jadi doktor, kalau sebelum kertas Biologi semasa Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) , aku hanya belajar selama 2 jam (a wrap up session?), sampai tajuk saraf (nerves), aku tidur kerana rasa 'kepeningan'. Keesokkan harinya, aku terpinga-pinga memandang kertas soalan, " Ini tajuk yang aku baca semalam!!!". Pap! (sambil tepuk dahi). Orang kata ' Mind blowing' nak jawab soalan-soalan. Lalu, di dewan itu dan di saat itu, terlahirnya seorang saintis muda baru, menemukan dengan pelbagai teori-teori dan rumus-rumus baru yang belum pernah ditemui termasuk oleh cikgu yang membuat soalan tersebut,ha ha ha (sambil mengenangkan impian yang tak jadi-nak jadi doktor).
Baiklah, selepas tamat SPM aku menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Tasik Chini. Orang Inggeris panggil, National Service la. Masa tu aku bagaikan terkena sedikit kejutan budaya (culture shock),hah?! Tenang dahulu semua... belum habis taip lagi..Begini, sebelum ni aku sekelas dengan majoriti pelajar berketurunan Cina dan India, jarang sekali sekelas dengan budak Melayu, kalau ada pun dalam kelas cuma ada dalam 6 ke 8 orang Melayu dari 38 orang pelajar. Aku pula merupakan pengawas disiplin sekolah,kerjanya merampas barangan larangan: telefon bimbit (handphone), cecair pemadam (liquid paper) dan lain-lain, (hanya aku tahu bila 'spot check', malah Ketua Pengawas pun tak tahu, siap rampas daripada senior-senior yang lagi 'pangkat besar' daripada aku; arahan dan maklumat langsung dapat dari Guru Disiplin), kata bahasa moden kini, "Gila poyo!".
Tugasan-tugasan dilaksanakan dengan penuh amanah (cewah), takut ditanya Allah di Hari Akhirat kelak,huhuhu...Kesannya aku menjadi terlalu sibuk (macam menteri) dan tidak disukai pelajar-pelajar lain terutamanya pelajar-pelajar Melayu (lagipun kelas pun tak sama dengan mereka). Asyik-asyik saman, asyik-asyik kena jerkah dengan aku, Allah..geleng kepala bila ingat semula ... hahaha..Pula tu, aku jarang menggunakan bahasa Melayu ketika itu, memang hampir setiap hari 'speaking' ja, kecuali di rumah atau bercakap dengan orang Melayu termasuk Cikgu (tapi dengan mereka pun selalu aku cakap Inggeris juga). Tetapi menariknya, aku tetap pelajar terbaik subjek Bahasa Malaysia dan Agama Islam untuk keseluruhan tingkatan walaupun bercakap Bahasa Inggeris hari-hari(sampai pernah kena tegur, ada pelat sedikit(sedkit ja)).Ok, kita berhenti setakat ini untuk zaman sekolah.Ada masa aku akan tulis lagi termasuk zaman PLKN yang juga terlalu banyak untuk diceritakan walaupun hanya berada di sana untuk 85 hari sahaja, begitu juga zaman di CFS PJ .
Kini, kita kembali ke masa kini. Aku pulang awal ke asrama semalam, ada urusan bersangkutan Kuliyyah dan sebab utamanya , belum bayar yuran semester lalu-jadi sistem UIA tak membenarkan aku lihat keputusan peperiksaan semester lepas.Sudah bayar semalam, tapi masih lagi sehingga malam tadi, aku lihat masih lagi belum dikemaskini, mungkin kena tunggu sampai Isnin. Buntu sedikit, memandangkan belum dapat subjek diingini kecuali 2 subjek , dan lebih parah kerana aku bakal perlu mengambil sekurang-kurangnya lagi 6 subjek lagi, banyaknya!Mungkin kalian hairan, kenapa banyak benar? Aku mohon doa kalian, mohon agar aku dapat melepasi semua subjek ini dan bergraduasi dengan jayanya, tolong ya?(Sambil gengam tangan buat muka kucing dalam cerita 'Shrek'). Ok,ok mestilah aku sendiri kena berusahakan?
Jadi, hari ini lepas aku makan tengah hari bersama teman baikku (seorang pelajar antarabangsa) yang sangat akrab. aku kembali ke bilik, Aku jangkakan teman sebilikku akan pulang hari ni (teman ini pun pelajar antarabangsa, berasal dari China) dari Beijing (sebelum dia ke Beijing, dia tinggalkan nota kecil untukku, sebagai makluman). Tak lama kemudian menjelang Zuhur, dia pun sampai dengan membawa sebuah bagasi yang sederhana besarnya. Aku sambut kepulangannya dengan senyuman lebar ('sweet' gitu), eceh..
Sambil berdiri, kami berbual-bual..aku ingatkan cerita gembira yang dibawanya sebagai buah tangan (sebelum tu dia ada berjanji nak bagi hadiah jika dia balik ke Malaysia, yeye...), tapi rupanya barulah aku mengetahui sebuah kebenaran yang sudah lama tersimpan tanpa sempat aku ketahui semasa awal perkenalan kami dahulu (berbunga punya ayat). Rupa-rupanya, teman sebilik aku ni merupakan saudara baru dan dibuang oleh ahli keluarganya!
Rupa-rupanya, teman sebilik aku ni merupakan saudara baru dan dibuang oleh ahli keluarganya!
Dia menganut agama Islam ketika usianya skitar 15 ke 16 tahun, usianya kini 21 tahun. Berasal dari keluarga kaya di sebuah kota yang sangat terkenal di China. Tetapi keislamannya telah membuatkannya dibuang keluarga, ayahnya (walau bukan ayah kandung, kisah asalu usulnya pun agak 'haru) merupakan seorang pegawai besar di salah sebuah syarikat automotif terkenal dunia(tak perlu ku ceritakan setelitinya). Dari kecil pun, ayah sebenar dan ibu kandungnya tidak menerimanya, lalu diambil oleh dan dijaga oleh isteri kepada ayah yang kini.
Hubungan ayah (kini) adalah bekas suami kepada ibu kandungnya. Ok, kembali kepada cerita pengislamannya tadi, berita trsebut merupakan 'tamparan yang amat hebat' kepada seluruh keluarganya terutama ayahnya. Menurut sahabat ini, komuniti Islam amat dipandang rendah oleh masyarakat di sana. Kata beliau, banyak jenayah dan masalah sosial berpunca dari komuniti Islam , tapi tidak pula aku menanyakan tentang masyarakan Uyghur (mungkin kerana Uyghur di pedalaman, sedangkan kawan aku bercakap tentang penduduk Islam di kota yang dia diami itu) .
Tidak berkesempatan juga untuk aku tanyakan bagaimana penghijrahannya terjadi. Sebab terlalu banyak kisah menarik, lagipun baru sahaja dia sampai ke Malaysia.Oh, tadi kata kena buang keluarga, sekarang keluarga dah terima ke sebab tadi Iman kata dia ke Beijing? Tak pun..sebenarnya dia ada seorang nenek dan seorang saudara (belah ibunya) di Beijing, jadi pulang sebulan ke sana tapi tak pasti sebab apa. Menurutnya,saudara ibunya itu sering menyatakan rasa malunya kerana memiliki anak saudara (kawan ini) yang beragama Islam. Masyarakat sekeliling memerli.
Dan akhirnya baru aku mengerti kenapa teman ini bekerja siang dan malam terutamanya pada bulan Ramadhan lalu, rupa-rupanya untuk menanggung kehidupan dan pembiayaan pengajiannya di sini. Datangnya ke Malaysia seorang diri dengan menggunakan wang hasil kudratnya hampir 2 tahun di sebuah negara jiran Malaysia. Wang itu dikumpul dan diguna untuk membayar yuran kemasukan ke UIA tanpa sebarang sokongan keluarga dan kenalan terdekat. Hanya sendiri!!!Dan aku? Bagaikan terpukul!
Saudaraku ini menegaskan, dia ingin membuktikan keputusannya 'kembali kepada Islam' atau 'revert ' dan memijak bumi Malaysia untuk belajar (khusunya UIA) adalah keputusan tepat, demi Allah! Orang sekelilingnya (di kota itu) amat memandang orang Islam sebagai 'villain and barbarian'- miskin dengan pelbagai jenayah telah dilakukan (sekali lagi bukan merujuk masyarakat Uyghur kerana lokasi mereka sangat jauh dari tempat sahabat ini) . Jadi bagaiman pelajar-pelajar dari sana yang belajar di UIA ini? Mereka berbeza , mereka (majoriti mereka, bukan semua) datang dari keluarga sedia ada Islam , dari kota yang lain (China kan amat besar), keluarga kaya raya, dari kalangan keluarga yang menyokong mereka ke sini-anak perempuan di'hantar' ke sini bagi mengelakkan kahwin terlalu awal dan dah memang tiada apa-apa boleh dilakukan di sana.Kawan ini pun tidak terlalu rapat dengan anak-anak orang kaya ini kerana mereka lebih gemar keluar dan berbelanja mewah , setentunya ini amat tidak sesuai dengan keadaan dirinya yang perlu 'membanting tulang'.
Oh, lupa nak bagitahu, teman ini adalah seorang adik, lagipun ni baru semester pertamanya di sini, jadi mungkin dia belum berkesempatan bertemu dengan ramai lagi pelajar China Muslim yang juga berjimat cermat dan boleh menjadi teman pembimbingnya, itu aku pasti.Teman ini juga menanya, jika aku tahu tempat-tempat yang menawarkannya kerja untuk kelangsungan hidup dan pengajiannya di sini. Lalu, aku berjanji untuk membantunya sedaya upayaku sebagaimana aku menawarkan bantuan dan sokongan kepada teman baikku yang teramat elok akhlaknya (yang aku ceritakan sebelum tu) yang tak kurang hebatnya, disingkirkan dari jurusan tanpa pengetahuan keluarga, berkerja siang dan malam untuk membayar yuran pengajian yang baru (mencanak naik pula tu) sedangkan berasal dari keluarga yang sangat susah. Itu belum lagi mulut ku terlopong mendengar cerita pengembaraan 4 hari 3 malam ,ala-ala 'Lord of the Ring', zaman moden, merentasi 4 negara hanya untuk tiba di Malaysia, sedangkan orang lain naik kapal terbang ja! Juga berhadapan diskriminasi dari masyarakat dan pentadbiran di negara-negara tersebut.
![]() |
| Yusuf Islam aka Cat Stevens datang UIA semester lalu, gambar ni memang original dariku |
Lalu, tiba-tiba aku merasakan lagu baru nyanyian Faizal Tahir dan Elizabeth Tan amat sesuai untuk potretkan rasa ku ketika ini,cewah! Kesetiaan pada Tuhan yang Maha Esa yang melahirkan kekuatan luar biasa untuk melawan cemuhan dan cercaan serta mengharungi dugaan, dan kita sebagai manusia tidak pernah terlepas dari melakukan kesalahan kerana kita bukan sempurna, maka selaku saudara kita patut menguatkan diri untuk membantu dan menyokong mereka dengan kasih sayang dan material (jika mampu).Tiba-tiba, jika aku muhasabah (reflection) sendirian, nikmat Tuhan yang begitu besar, walaupun ya, kita sendiri ada konflik keluarga , masalah kewangan mahupun kesihatan, dan mungkin masalah hati atau cinta tetapi , bagi aku...kisah-kisah mereka ini merupakan antara himpunan kisah-kisah cinta agung kepada Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Menyampaikan mesej dakwah dan islah dengan gaya tersendiri. Mohon doa semua, untuk mereka juga dan buat para pejuang kehidupan. Terus tabah!
Terkedu aku mendengar cerita hari ini, lidah jadi kelu, sungguh! Jom kejar cita-cita!
Wallhu'alam bissawab.
Iman Umar Muhammadi
5/9/2015, 4.15 pm

