HIDUP INI UJIAN DIRIKU
SEMUA AKAN
DIUJI
Tidak ada manusia di dunia ini
yang tidak akan diuji.Samada kesenangan atau kesukaran, itulah ujian.Yang
tingkatannya tergantung pada kemampuan susuk individu itu sendiri.Uijian dalam
hidup juga kadangkalanya datang satu persatu,mahupun bersilih ganti.Ada
ketikanya setelah lama satu tempoh, ia muncul semula.Namun ada juga ujian itu
datang secara ‘berjemaah’ dalam satu-satu masa.Bertimpa-timpa pula!Innnalillah..
 |
| Picture from Internet |
Seringkali bila kita berada dalam
keadaan selesa, kita beranggapan kita tidak diuji.Hal ini terjadi kerana kita
berasa senang, ‘in comfort zone’ dengan keadaan itu.Sesampainya kita merasakan
bahawa kenikmatan yang Tuhan berikan itu serasa satu Rahmat atau tanda keredhaan dan cintanya pada kita
semata-mata.Malah berkemungkinan kita berasakan nikmat-nikmat yang Tuhan
berikan pada kita adalah kerana kita berasa ‘layak’ memilikinya, dan bukan
kerana Ihsan Allah yang Maha Pemberi Rezeki dan bukan hanya Maha Pemurah dan
Maha Penyayang seperti terkandung dalam 99 Nama Mulianya.
Benar!Memang segala yang diberikan
olehnya kepada kita adalah Rahmat dari Tuhan Pemilik Rahmat dan mungkin tanda kasih
sayangnya kepada kita.Namun, dengan jika
kita beranggapan yang Nikmat atau kesenangan yang diberikan itu sekadar tanda
kasih semata-mata ,maka kita silap!Nikmat yang Tuhan berikan boleh berupa satu
anugerah kepada manusia yang diinginiNya serta atas kehendakNya.Tetapi dari
sudut yang lain, marilah kita lihat Firman Allah dalm surah al-Hadid (57:20):
“Ketahuilah,
sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan senda gurauan,
perhiasan dan saling berbangga di antara
kamu serta berlomba dalam kekayaan dan anak keturunan, seperti hujan yang
tanam-tanamannya mengangumkan para petani;kemudian tanaman itu menjadi kering
dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur.Dan di akhirat (nanti)
ada azab yang keras dan ampunan dari Allah dan keridaanNya.Dan kehidupan dunia tidak lain hanyalah kesengan yang
palsu.”
Nikmat Tuhan terlalu mewah di muka Bumi
ini.Hubungan kemanusiaan seperti pertalian keluarga, sahabat dan teman
seperjuangan ,keperluan asas seperti udara, air , makanan dan tempat tinggal
malah nikmat dunia ini juga merangkumi kemampuan untuk meneruskan hidup,
kesabaran, ketenangan, ilmu-ilmu serta skil-skil dan kemahiran yang berbeza
antara satu individu yang lain.
Jadi, adakah kerana kita melihat di
saat insan lain atau diri kita sendiri mendapat Nikmat, maka dengan segera kita
menganggap bahawa ia tidak diuji?Di saat insan lain mendapat Nikmat atau
kurniaan, kita berasakan “Alangkah untungnya si dia itu?” .Dan sekiranya kita
benar-benar ada rasa yang tidak enak, boleh jadi sahaja kita berprasangka atau berasa iri terhadap saudara kita
itu.Walhal, Allah lagi Maha Mengetahui rencanaNya berkenaan pembahagian
NikmatNya itu pada hamba-hambaNya sekalipun pada hamba-hambanya yang tidak
mengimaniNya seperti cerita Qarun seperti dalam Surah al-‘Ankabut ayat 78-82.
 |
| Gambar dari Internet |
Tujuan
artikel ini ditulis bukan untuk
menafikan hak-hak hambaNya yang meminta kepadaNya lalu dikabulkan hajat
sebagaimana kita berharap hanya kepadaNya. Apatah lagi menyangka bukan-bukan
kepada Nikmat yang Tuhan berikan kepada hambaNya dengan kasih dan cintanya
serta hakNya selaku Maha Kaya.Namun, saya terpanggil sebagai satu teguran halus
kepada diri sendiri khasnya yang menulis ini tentang HAKIKAT UJIAN DAN NIKMAT
HIDUP dalam diri individu.Supaya diriku sentiasa berasa bersyukur kepada
nikmatNya dengan sebenar-benar Syukur, serta memanfaatkan nikmat dan peluang
yang ada untuk kegunaan orang lain,tidak riak dan takbur dan yang paling
penting :Tidak mudah melatah dan lelah bila diuji di saat insan lain menerima
sesuatu yang kita sukai.Malah, berfikiran positif untuk meningkatkan keupayaan
diri dan faham bahawa si pemberi Nikmat juga diuji mengikut tahap kemampuannya
seperti dalam surah al-Baqarah (2:286)
NIKMAT DAN
KEKURANGAN ITU POSITIF
Percayalah wahai diri! Apa yang kau
terima sesuatu yang baik itu nikmat, malah yang tidak kau sukai itu juga
Nikmat! Malah, yang kau suka itu juga berupa ujian dan yang kau benci itu ujian
buatmu! Ianya bergantung kepada mindamu untuk memberi maksud kepada semua
perkataan itu.Cuba kau bayangkan, seandainya kau memiliki satu perkara
contohnya wang katakan berjumlah RM 50 000.Jika kau beranggapan bahwa itu
nikmat kerana kau mampu beli pelbagai benda, maka kau akan berasakan nikmat.Tapi
jika berasakan itu ujian,maka otak kepalamu pasti akan pening memikirkan
bagaiman kau perlu menguruskannya samada
melunaskan hutang-hutangmu, menanggung biaya kehidupanmu atau menghulurkan buat
saudara-daramu yang memerlukan bantuan.
 |
| Gambar dari Internet |
Begitu
juga kalau kau berhadapan dengan sebuah kesulitan yang apatah lagi halnya besar
dan jarang-jarang manusia mengalaminya
seperti jatuh muflis.Jika engkau beranggapan itu malapetaka semata,maka kau
akan merasakan satu kedukaan yang terlalu besar buatmu sehingga boleh
membuatkan dadamu berasa sempit dan sesak akibat kau asyik memikirkan pandangan
orang lain terhadapmu.Kesinambungan dari itu, maka kau jatuh sakit apatahlagi
tiada siapa peduli tentangmu kerana kemiskinanmu. Namun jika kau menganggap muflis itu suatu
nikmat , InsyaAllah, wajar pastinya
perasaan sedih itu wujud bagaimanapun dirimu dengan kekuatan dalaman yang ada,
engkau akan pasti bangkit semula sekalipun mengambil masa yang lama.Dengan
memahami, bahwa ini semuanya adalah teguran buatmu yang mungkin berpunca kesilapan-kesilapan
terdahulu yang pada akhirnya, kau yang berbekalkan keyakinanmu kepada Yang Maha
Kaya bangun maju kehadapan,meninggalkan kenangan silam serta hinaan masyarakat
sehingga kau berasakan seolah-olah ianya mimpi .Kau tahu kau menjadi lebih kuat
dari zaman kejayaan mula-mulamu dan kau amat mensyukuri kehadiran pengalaman
mehnah itu.
KONKLUSI
Duhai diri
bersabarlah,
Nikmat dan ujian hidup pasti datang bersilih
ganti.Boleh jadi setelah duka yang panjang maka tibalah kegembiraan yang
ditunggu sebagai satu nikmat kepadamu.Boleh jadi juga, sering aja diberi nikmat
lalu Tuhan turunkan kedukaan kepadamu kerana ia mencintaiMu dan mengharapkan
kau kembali kepadanya semula.Supaya kau tahu bahawa ujian hidup adalah
meningkatkan prestasi kedudukanmu di ‘Mata’Nya.
“Dan Kami pasti
akan menguji kamu dengan sedkit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa
dan buah-buahan.Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar,
iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka berkata ‘”Innalillahi
wainna ilaihi raaji’uun” (seseungguhnya akmi milik Allah dan kepadaNyalah kami
kembali”) (2:155-156)
Tiada siapa dapat memahami kedukaanmu
melainkan dirimu sendiri.Kau jualah yang perlu bangkit bagi merealisasikan
harapan dan cita-citamu.
*P/s: Serius nampaknya artikel hari ini?hehe.Buat adik perempuanku yang kehilangan cermin mata di sekolah masa tu.Tak pa, tu memang rezeki mereka yang mungkin lebih memerlukan.Kita 'cuci harta' kita. Moga berguna buat yang 'guna':)
 |
| Gambar dari Internet |
Moga aku tidak ‘kalah’
lagi dalam perjuangan kehidupan ini.
Agi idup, agi ngalaban !(Kanag Anak Langkau)