Sunday, 9 February 2014

                                                                     A_R_N_A_B

         Aku nak memperkenalkan ini adalah antara haiwan-haiwan kesayanganku, CIK NAB @ RENAB. Sebenarnya arnab.Dalam bahasa Arab pun dipanggil 'arnab' (alif-ra-nun-ba), dalam bahasa Inggeris , 'Rabbit' dan 'Bunny' adalah istilah dalam kalangan kanak-kanak,manakala kelinci panggilannya dalam bahasa Indonesia dan berasal dari perkataan Belanda.
Putih kata "Sian saya.."
Perang atau Coklat (Palingku sayangi) yang terlalu comel muncungnya.SubhanaAllah,!Juga bola kecil sebagai penambah seri.

   Mereka kelihatan sangat comel sekali, hingga menggugat kewarasanku,erk?.Hakikatnya mereka memang comel, aku sangat sayang haiwan-haiwan.Tapi sekarang ni, arnab-arnab ini ada di rumah keluargaku, sebab aku tinggal di asrama dan ayahku lah yang sebenarnya beli mereka ni.Tapi aku yang paling sayangkan mereka.Gambar-gambar ini aku tangkap sebagai kenangan , tapi  2 gambar ja lah boleh dimuatnaik.Lain-lain, privasi,hehe. Aku akui arnab adalah haiwan sensitif dan perlukan jagaan yang rapi.Namun comel,lembut dan sedap isinya,haha!Yang bela ni aku tak nak la makan, sebab kita dah sayang sangat.Tapi kalau dah darurat tu ,ada kemungkinanlah,hu.


     Mereka ini memang kini menjadi sebahagian rinduku kini, lagi-lagi risau macam mana ayahku jaga mereka.Harap mereka sihat-sihat selalu.Apapun, haiwan-haiwan adalah salah satu nikmat Tuhan, sebahagian darinya sebagai kenderaan- seperti kuda,unta, sebahagian sebagai  sumber makanan-lembu,kambing ikan-ikan termasuk Cik Nabku tercinta,huhu dan ada juga sebagai penghibur hati manusia-kucing, ikan hiasan, Cik Nab(lagi sekali?) dan lain-lain.Malah, mereka juga bertindak sebagai ahli  ekosistem di Bumi ini.

      Hak-hak nak jaga haiwan ini juga perlu kita pelajari dan amalkan, bukan sukahati ja nak buat eksperimen k?.Berilah keadilan pada mereka walaupun mereka ini haiwan, layan penuh kasih sayang.Pencinta haiwan betul aku ni!Nak cakap banyak (tulis la) pun aku malas, ingatlah cerita di mana pelacur masuk syurga kerana memberi minum anjing.Jadi, sempurnakan hak.Kalau tak, jawablah nanti di Hari Pembalasan nanti,hoho!

   

                                     SEKAPUR SIREH

      Assalamualaikum dan selamat malam diucapkan kepada semua pembaca (ada ke???) , hehe.

      Apapun hari ini merupakan pos pertama-tamaku dalam bentuk perenggan dan esei, eceh! Sebenarnya sudah 6 tahun, hatiku sudah berhasrat memiliki sebuah blog, tapi hanya akhir-akhir ini ku berani untuk menubuhkannya menghasilkannya bagi tujuan berkongsi pendapat,pengalaman dan juga sebagai peringatan kepada diriku sendiri khasnya.Ramai teman-teman yang sering bertanya samada aku memiliki blog atau tidak atas sebab-sebab tertentu (malas nak tulis sebab-sebabnya ,haha)Aku percaya, setiap insan di dunia ini Tuhan jadikan begitu unik sekali, kita setiap insan berbeza kelebihan dan kekurangan, namun Allah  memulangkan  pada kita untuk mencorakkan kehidupan kita samada jadi orang biasa atau luar biasa.

    Aku sendiri jujurnya seperti kalian, inginkan kehidupan yang baik di dunia dan di akhirat sesuai dengan anutan ku sebagai seorang Muslim. Dan selaku orang muda, aku juga mempunyai cita-cita dan impian, mungkin pelik bagi kebanyakkan orang umum tapi bagiku, aku mahu menjadi 'LUAR BIASA' atau berbeza.Atau lebih tepat lagi 'UNIK'.Antara sebab-sebabnya, mungkin berdasarkan pengalaman hidup, latar belakang dan tujuan hidup serta cita-cita .Kalau kita lihat pun, ramai mereka yang unik ini, cukup berjaya, terkenal dan dikagumi ramai.Lalu, impian jadi unik bukanlah ingin dijadikan idola(aku memang banyak kelemahan dan tidak berhak memikul gelaran itu), tapi menjadi unik dan luar biasa dapat menarik perhatian orang lain sekaligus menjadi penggalak orang muda di luar sana khasnya remaja agar kita dapat memaksimumkan kelebihan diri (faham tak?huhu).Dan kelebihan diri ini yang kita panggil unik ini akhirnya bergerak ke arah kebaikan sejagat terutamanya sebagai khalifah.Aku sendiri pun sebenarnya tidak mahu menjadi 'mainstream'-jalan perdana/jalan kebiasaan.

   Selagi ianya betul-tidak terkeluar dari keadilan walau jalan berbeza (tapi jangan sampai membebankan) , maka unik itu bagiku perlu.Sebagai contoh, kini ada pelbagai cara dilakukan penceramah motivasi dan ustaz-ustaz untuk menyampaikan mesej mereka, yang dahulunya dianggap janggal.Inilah salah satu conto unik.Ingin sekali aku memberikan contoh-contoh yang lebih jelas dan penerangan lain, tapi mungkin di lain kali(rasa malas, isk-isk).

     Akhir kata, mohon doa kalian semua untuk kebaikan.Aku memang mahu jadi unik tapi aku bukan ustaz/ustazah jadi harap maklum yang ilmu aku memang terbatas dalam banyak perkara. Aku pelajar mekanikal tapi sudi ditegur, sebaiknya dengan lembut dan hikmah bro, sebab aku pun sensitif juga.Ha ha.

     Salam sayang dari saya, Iman Umar Muhammadi ,kita jumpa lagi di lain waktu di rancangan yang sama pada waktu dan jam yang akan dimaklumkan nanti,haha....Jaga diri dan  Assalamualaikum.