Sunday, 13 March 2016

                                                       RESUME KEHIDUPAN TER..


Permandangan UIA selepas subuh. Gambar rekod sendiri


      Perjalananku di universiti yang amat aku cintai, UIA Gombak sudah pun menemui titik hujungnya saat aku melangkah keluar dari pintu pagar utama beberapa hari yang lalu. Air mataku memang dapat kutahan tapi dalam hatiku ini hanya Tuhan yang tahu, begitu pedih sekali. Apatah lagi terlalu banyak kenangan suka dan duka yang hanya mereka yang pernah berada di situ mengetahuinya. 


    Saat aku pergi dari situ, bukan bermakna tiada apa-apa lagi yang tinggal buat aku. Masih terlalu banyak namun aku tiada kemampuan atau memiliki alasan yang benar-benar kukuh untuk menghalang diriku sendiri dari pergi dan terus berada di situ. Polis bantuan yang berada di depan,kiri dan kanan pagar utama pun tidak mengetahui bahawa itu mungkin kali terakhir aku keluar dari situ dan tak kembali dalam tempoh yang lama, sekurang-kurangnya untuk beberapa bulan lagi .Kenapa aku menyebut tentang polis bantuan? 

Pemandangan berdekatan KOE. Gambar sendiri. Gambar abam-abam PB,den tak da.


       Myvi putihku yang sering kali keluar masuk menghantar orang pergi dan masuk (aku sebagai 'transporter' atau prebet sapu di sesetengah tempat sebut), jadi sering kalilah keretaku ini ditahan, sebagai prosedur keselamatan biasa, sampai ada di antara mereka mengenali aku dan plat keretaku,ahha!Jadi, mungkin mereka fikir malam itu aku keluar seperti biasa.Apapun terima kasih kerana ada di antara mereka baik lelaki atau perempuan telah banyak membantuku terutama melibatkan keselamatan keretaku. Sebenarnya aku sudah pun tahu nama kalian kerana menghargai kalian. Untuk kalian semua, Kudos!Keep it up, Don't give up! You can do it! (eceh, puji nampak?)

         Kini, aku sudahpun secara tidak rasminya, seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan bukan lagi bergelar 'pelajar' lagi. Walaupun begitu, akalku masih mencari jalan agar senantiasa dapat datang atau pun menetap terus di sekitar Lembah Klang yang berdekatan sini (UIA aka IIUM). Mesti ada yang tanya, tak nak ke aku berkhidmat dengan negeri kelahiranku, Johor Darul Takzim? Tak cintakah ku kepada orang tuaku? Silap besar kawan....

      Mana mungkin aku tak cinta kepada orang tuaku sedangkan mereka adalah manusia yang masih hidup yang paling aku cintai dalam hidupku. Apapun aku ingin lakukan yang terbaik buat mereka. Begitu juga, Johor Darul Takzim, negeri yang tercinta! Tetapi mngkin kesan 9 tahun berada di bumi Selangorku Sayang (macam 'tagline' Selayangku Sayang,hik hik) menyebabkan aku terlalu merasa keterikatanku di sini. Tidak, kalau kalian fikirkan kemodenan Selangor yang buat aku ingin terus tinggal situ, maka jawapan aku ialah 'SILAP BESAR'! Aku bukannya seorang yang suka dengan kehidupan kota dengan maksud pergi ke pusat membeli belah. Waima untuk ke Masjid Jamek, Jaya Jusco pun aku terlalu jarang pergi melainkan ada urusan penting apatah lagi ke Pavillion, Times Square, Publika dan lain-lain (tak pernahlah..tak berminat, dan belum ada kepentingan lagi kes itu). ! Jadi, kau buat apa di sana? Kata transporter...hantar orang pernahlah..
  

     Aku anak bandar. Ya, aku dibesarkan dengan kehidupan di Johor Bahru, rumah aku pun rumah teres (ok kan? Alhamdulillah). Sekolah dulu pun majoriti bukan budak Melayu, cakap pun selalu 'speaking' kecuali dalam rumah (ibu bapaku memang cakap Melayu), kereta-kereta mewah pun aku dah biasa 'rasa' sejak zaman sekolah (kenderaan orang tua la) dan jamuan akhir tahun pengawas sekolah (ini pengawas poyo yang skema) setiap tahun di hotel-hotel terkenal sekitar Johor Bahru. Kiranya, kejutan budaya tiada pada aku yang melibatkan cara hidup melainkan masa aku mengikuti Program Latihan Khidmat Negara, tapi tetap aku boleh biasakan diri sebab sahabat-sahabat yang sangat baik dan minat yang sangat mendalam(sehingga kini ya) kepada badan beruniorm teutama tentera. Cita-cita kononnya nak jadi doktor tentera, itu dulu...(Aku mohon maaf, tiada berniat membangga diri, sekadar ingin menjelaskan serba sedikit tentang diriku ini)

KL Twin Towers .Gambar sendiri.



        Jadinya? Itu semua ada kaitan dengan satu perkara: Perancangan dari Tuhan(rezeki dan ujian). Tuhan telah merancangkankan perjalananku ke Selangor/KL sehingga dia juga yang mencampakkan rasa cinta yang begitu mendalam melalui jalan belajar di UIA ni.Tidak cukup dengan itu, bumi UIA tersangatlah menarik hati , menggembirakan serta menguji para penghuninya. Ia bukan pondok agama atau sekadar universiti awam yang banyak pelajar antarabangsanya daripada 100 buah negara , atau merasa megah dengan penggunaan bahasa Inggeris dan arab sebagai bahasa komunikasi utama.


 Jadinya apa?


       Ya,  sejujurnya, aku banyak mengenal konsep kerjasama atau Takaful untuk melakukan sesuatu terutama benda baik daripada UIA ni yang minta maaf, tidak dapat/sangat kurang kudapati dari tempat lain.Contoh paling mudah ialah 'IIUM Online' (InsyaAllah akanku ulas di lain kali bila berkesempatan) apatah lagi jika kita mengikuti kumpulan-kumpulan atau jemaah tertentu (mohon maaf sekali lagi, ini berdasarkan pengalaman peribadiku).Hasilnya, aku cuba praktikkan di luar universiti, terutama dengan keluarga dan orang awam lain. Harapnya begitu.
           
         Lagilah kalau kita anak sulung , yang jenis berdikari, kehidupan di tempat lain memang menambah perisa dalam 'resume' kehidupan kan? Apapun, aku masih belum memiliki kerjaya tetap. Masih mencari. Sudahpun  hantar tetapi kebanyakkan melalui 'Jobstreet'. Sudah 50 borang diisi.Ada yang nak jadikan saya perkerja terutama dalam bidang kejuruteraan sekitar Selangor/Kuala Lumpur?

P/s: Saya seorang graduan segar (fresh graduate) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam pengkhususan Pembuatan. Boleh berkomunikasi dan menulis dengan baik dalam Bahasa Inggeris dan Malaysia dan memiliki sedikit asas dalam bahasa lain.Boleh memandu dan ada kenderaan sendiri, saya juga boleh menjadi ahli pasukan yang dinamik dan dalam masa yang sama, sedia untuk belajar dari orang lain. Selain itu, memiliki pelbagai pengalaman dalam kerja-kerja berbeza walau bukan bidang kejuruteraan dan ini membuktikan saya mampu bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat dengan presentasi diri yang baik.


Kita jumpa lagi ya semua? Assalamualaikum.