Kuala Lumpur Kota Rayaku & Selangorku Sayang
![]() |
| Kredit Iman Umar Muhammadi |
Masa aku memiliki tempoh masa yang jauh untuk ku lalui tamatnya masa belajarku di universiti, aku berfikir bahawa aku akan kembali ke negeriku tercinta, Johor. Apatah lagi, aku merasakan ketanggungjawaban untuk aku kembali berbakti kepada kedua orang tuaku (walau mereka tidak terlalu tua) dan 'keadaan' di Johor membuatkan hatiku begitu membuak-buak untuk segera belajar.
Aku berimpian untuk kembali ke sekolah lamaku memberikan ceramah motivasi, menceritakan kejayaan serta pahit maung aku menuntut ilmu di universiti serta caraku bermandiri atau 'survive' di ibu kota, walaupun tempat asalku juga bandar. Aku juga berfikir ketika itu aku sudah cukup kuat, membawakan inspirasi baru untuk 'mencantikkan' lagi bumi Johor.
Namun semakin aku sampai ke garisan penamatnya, hati menjadi semakin gusar. Tiba-tiba aku beralih arah. I am flipped!(kata orang putih). Akhirnya, aku terjerat dengan kekeliruan dan ketakutan dalaman. Jadilah slogan 'Selangorku Sayang' (sebenarnya Selayangku Sayang) menjadi tema kehidupanku.Dalam beberapa tahun terakhir, macam-macam peristiwa baru terjadi yang secara langsung dan tidak langsung, telah mengubah atmosfera kehidupanku (ayat,peh!).
Khianat kah aku? Tak la, ni bukan kes pecah amanah. Curangkah aku? Tak la, mana ada kontrak kahwin sini. Lupa daratan? Mana ada...cuma.... cu cuma...cuma apa?
Akhirnya aku mengerti bagaimana keputusan sahabat-sahabatku yang lain sebelum ini, bilamana mereka membuat keputusan untuk terus tinggal di sini (Kuala Lumpur/Selangor/Hulu Klang) yang berdekatan dengan UIA Gombak setelah aku sendiri mengalaminya. Tiada terlintas untuk jadi seperti kacang lupakan kulit. Pepatah yang berbunyi 'Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri' mungkin tidak lagi relevan buat kami.Hal ini bukan kerana adanya emas di negeri Selangor/Kuala Lumpur yang betul-betul turun dari langit yang menyebabkan berduyun-duyun orang mengutipnya di tepi jalan tetapi kerana bagiku lagi mudah rezeki untuk ku di sana.
Apa itu rezeki? Rezeki sebuah pemberian Tuhan. Definisi rezeki itu amat luas, kau sebut ja. Kesihatan, kelapangan masa, ketenangan hati, kebahagian mahupun kebebasan juga adalah rezeki selain perkara fizikal seperti makanan, pakaian,pekerjaan, rumah dan sebagainya.Dan tidak semua daripada kita menerima jenis rezeki dan bahagian yang sama. Aku mengerti kesukaran hidup di Lembah Klang dan ianya tidak berlandaskan semata-mata mendengar cakap-cakap orang sebaliknya aku sempat merasakannya sendiri walau masih lagi terjaga dan selamat kerana tinggal di hostel masa zaman belajarku selama 9 tahun (lama tu..).
Aku terlalu sering keluar untuk bergaul dengan ramai orang atau merasa 'keindahan' kehidupan kota lain yang berbeza daripada kota kelahiranku.Tapi tak juga aku menjejakkan ke tempat biasa muda mudi menikmati kehidupan ala moden seperti ke kedai steamboat, bermain bowling, makan di the Chicken Rice Shop, Genting Highlands, atau ke kedai makanan korea (namun aku tidak melarang/mengeji jika kalian pergi ok?) Kerana aku akui, definisi hiburanku memang berbeza dari kebiasaan dari kebanyakkan golongan muda zaman kini.Aku agak konservatif, malah untung buatku, sahabat baikku juga begitu.
Berhujan dengan basah kuyup menaiki motor yang sangat asas fungsinya dengan kelajuan yang amat perlahan (tak boleh pecut) mengelilingi bandar KL atau ke tempat lain hampir 4 jam pergi balik merupakan satu obsesiku (walau kau punya kenderaan sendiri dan tiada kaitan dengan tiada duit minyak tetapi sahabat baik tak suka naik kereta walau kau kat kos kau nak tanggung). Atau bila kawan baik sudah lama mempelawa kau nak belanja di kedai makan hipster atau restoran steak terkenal yang cantik tapi kau tahu kawan kau tak da duit/atau ada duit , tetapi kau berkeras mahu makan di kedai tepi jalan bertahun-tahun lamanya sedangkan masa sekolah kau dah biasa makan jamuan di hotel. Atau kau sanggup berjalan kaki/menaiki kenderaan awam seorang diri walau panas terik untuk berbual-bual dan bertegur sapa dengan entah siapa-siapa kerana kau yakin siapalah kau dan begitu baiknya mereka yang jual barang atau sapu sampah tepi jalan?
Bagaimana pula pengalaman ketika 30 Ogos kira-kira 8 tahun dahulu, yang mana kau beria-ria untuk mendapatkan tiket pulang ke Johor Bahru tapi kehabisan, kemudian dengan gigihnya kau dalam menahan puasa, kau dan sahabat kau segera berlari dari Puduraya ke KL Sentral untuk mendapatkan tiket keretapi juga gagal . Sebelum itu , khidmat kau untuk menaiki teksi dengan kadar yang betul digagalkan dengan sikap pemandu teksi(segelintir) yang penipu dan cuba mengambil kesempatan dengan mengenakan caj RM 20 yang biasanya Rm 8-10 tanpa alasan kukuh.Ku berasa takut juga kerana saat itu, berlaku kekecohan tentang rusuhan kaum yang kau khuatir pergerakan dan keselmatanmu akan terbantut.Tetapi sementara itu, kau boleh pula tertinggal nota Fizikmu berwarna biru di Stesen Komuter Kuala Lumpur tapi kau langsung tak ingat atau pasti benarkah di situ atau tepat lain.
Di KL Sentral pula, dalam lautan manusia yang asing di mana kau melihat ratusan manusia antarabangsa yang bersaiz besar yang mungkin hanya engkau dan dan kawan kau sahaja rakyat Malaysia ketika itu, kau tersangkut pula di Kuala Lumpur gara-gara kesilapan pegawai stesen yang tidak mesra dan kasar sehingga kau sedar yang kau dah di KLCC dan salah jalan setelah seorang pemuda budiman tampil untuk membantu (walau pada mulanya kau sangat curiga dengannya,haha, maaf ya). Arah jalan yang bertentangan dari kampusmu ketika jam hampir menunjukkan tamat tempoh perkhidmatan untuk hari itu menyebabkan kau bersegera turun kerana hari sudah begitu lewat malam dengan sebahagian manusia yang mungkin mempunyai rancangan 'hiburan' yang tersendiri.Kerana tiada lagi bas, kau memilih untuk menaiki teksi, dan kau mendengar cerita penutup dari pak cik pemandu teksi yang sebenarnya terdapat gerakan berbentuk ancaman kepada pemandu teksi yang memasuki Kuala Lumpur dari Selangor dan pergerakan mogok dari pemandu-pemandu teksi.
Akhirnya selepas lebih 9 jam kau 'meronda-ronda' sekitar KL nak mencari tiket, kau akhirnya tiba semula di hadapan pintu bilik, sekadar untuk menyaksikan bunga api bersama-sama teman sebilikmu yang masih ragu adakah kau benar-benar orang atau tak kerana kau terlalu lama keluar dari universiti sebelum tiba semula ketika jam hampir 12 tengah malam. Maka akhirnya, gelaklah kawan-kawanmu mendengar ceritamu, sebuah 'bed time story' yang termasuk juga bagaimana kau mengalami kejutan kerana harga makanan yang tidak munasabah bagimu kerana harganya 3-5 kali ganda lagi mahal dari makanan di universitimu sedangkan kau memang seorang penjimat atau 'agak lokek'.haha.Belum lagi, cerita keesokkan harinya apabila kau jatuh dan tersangkut pula di ruang antara badan komuter dan tepi jalan pembahagi.
Bersambung
