Ramadhan Lalu, Ramadhan Berlalu
![]() |
| Gambar rekod sendiri.Aktiviti menyusun makanan dan minuman oleh sukarelawan. |
Tidak lama lagi Ramadhan akan benar-benar 'melambaikan tangannya' tanda perpisahan. Kali ini merupakan kali ke dua dalam tempoh hampir sepuluh tahun aku berpuasa di kampung rumahku . Kali terahir adalah semasa aku menjalani praktikal atau latihan industri beberapa tahun lepas. Selebihnya, aku menyambut Ramadhan sebagai anak perantau dalam tempoh aku belajar di UIA.
Kalau dahulu, aku antara yang sibuk (acah-acah ja aku ni) di Masjid UIA terutama waktu berbuka sehingga ke waktu sahur/qiam. Bersama-sama para sukarelawan masjid sambil kadang-kadang memakai 'vest' yang tertera logo sukarelawan masjid, dari membentangkan beberapa gulungan tikar menjadi hamparan, menghidangkan bekas makanan, membuka bungkusan kurma serta membahagikannya, begitu juga dengan air minuman berperisa atau botol mineral sehinggalah kepada menyusun koordinasi pergerakan sukarelawan dan para tetamu lebih 700 orang ( sesiapa yang datang untuk berbuka puasa di masjid samada pelajar atau orang luar) , itulah antara aktiviti harian aku bersama mereka suatu ketika dahulu(yang terakhir pada 2015). Tetapi kini sejak aku menamatkan pengajianku beberapa bulan lepas dan kembali ke pangkuan keluarga untuk berbakti, aktiviti tersebut kini sudah pun menjadi suatu kenangan di bumi UIA tecinta.
Walaupun tidaklah secara peribadinya, diriku kuat untuk hari-hari di Masjid terutama hari-hari biasa melainkan urusan tertentu seperti solat, majlis ilmu, usrah dan sebagainya tanpa menafikan betapa masjid merupakan institusi masyarakat yang sangat berkesan terutama Masjid UIA atau SHAHs Mosque (gelaran warga UIA atau IIUM), namun dengan kehadiran sahabat-sahabat dan orang umum yang sangat menghairankan aku begitu dalamnya cinta mereka pada agama , mereka datang dengan sebuah harapan besar, mencari cinta Tuhan (dengan puasa, solat, iktikaf) dan saudara seagamanya (dengan duduk bersama-sama makan bersama tanpa memilih jenis makanan malah berkongsi rezeki selain pengalaman walhal ada berpuluh-puluh kewarganegaraan ada di situ-UIA sahaja ada lebih kurang 100 negara), membuatkan aku begitu terdorong untuk sama-sama membantu.
Apa yang aku mahu kongsikan adalah sebahagian daripada kenanganku di sana, yang mungkin bila di sini (tempat kediaman) memang secara peribadinya agak sukar aku melakukannya atas faktor-faktor tertentu. Tiada sesiapa melarang malah ahli keluargaku memang setiap hari (terutama lelaki) ke surau untuk solat tidak kira bulan puasa atau tak, apatah lagi di bulan Ramadhan utuk berjemaah, terawih atau berbuka. Mungkin juga jarang pulang buat aku janggal di surau kariah sendiri kerana hakikatnya ada perbezaan budaya tentang kedatangan perempuan ke masjid/surau dalam masyarakat umum Malaysia dengan di UIA.
Jika di UIA, masjid memang merupakan pusat aktiviti atau seperti 'orde kosmos' tempat bagi pelajar berkumpul tanpa perlu memikirkan pandangan masyarakat terutama kepada golongan Hawa. Tidak pernah terlintas untuk mencari sebarang alasan 'istimewa' seperti mencari jodoh, mencari Imamku-kata budak zaman sekarang merujuk kepada ala-ala cinta Islamik (masjid UIA banyak ja imam tau, tua muda semua ada), 'merisik' bakal 'zaujah' atau lain-lain teori kerana mungkin konsep masjid sudah 'diperbetulkan' bagi menghalang 'anasir-anasir jahat' atau pandangan serong jika seseoramg ke masjid, Tidak timbul juga isu, mencari menantu atau mencari mertua pilihan walau mungkin terjadi di alam realiti (itu rezeki mereka, saya tak nak komen) atau mata-mata memerhati seiapa keluar masuk bahagian lelaki atau perempuan. Tidak, tiada sama sekali!
Namun, mungkin ia berbeza jika kita di kampung halaman atau kawasan perumahan kita sendiri sehinggakan ada yang terlalu jarang atau tidak pernah menjejakkan kaki di masjid/surau walhal dekat ja sedangkan aktif di masjid UIA. Ini antaranya aku la, sangat jarang ke masjid perumahan tetapi 'rajin' pula di masjid UIA dulu, huhu. Nanti dulu!
Baru sahaja aku jelaskan jawapan di atas, perbezaan budaya di UIA dan masyarakat umum mungkin boleh menjadi sebab kepada jawapan di atas, sementelah memang kalau wanita terutama anak dara adalah sangat biasa dan tidak menjadi perhatian jika solat di masjid UIA berbanding jika di kawasan perumahan/kampung-lihat sahajalah biasanya orang tua yang biasa ke masjid, kecuali bulan Ramadhan.Mungkin di sesetengah kawasan, tidak menjadi isu jadi pandanganku boleh sahaja tidak 'valid'.Ini antara sebab untukku untuk agak sukar ke masid/surau berdekatan lagi-lagi tanpa ahli keluarga perempuan serta tugasan di rumah dan menemani ahli keluarga yang ada di rumah selain rasa 'malu' yang wujud kerana ketidakbiasaan tertentu.
Apapun, keringanan kepada kaum wanita untuk ke masjid/surau juga merupakan satu kemudahan kepada kaum Hawa berbanding kaum Adam yang memang diberatkan ke masjid. Sebab itu, masjid UIA memang berbeza dari masid lain. Samada bulan Ramadhan atau bulan biasa, bukan persoalan pada para 'tetamu'nya (tapi memang bulan puasa lagi ramai la).Itulah sebahagian daripada keistimewan bumi UIA. Semua tempat ada baik dan buruknya namun saya sekadar berkongsi cerita benar dan bukan imaginasi berkenaan alma mater ku. Rindu pula...(ambil tisu jap)
Apapun bagi yag berpeluang ke Masjid UIA mahupun surau/masjid kariah atau mukim anda sendiri, saya ucapkan tahniah! Moga Allah beri ganjaran keampunan dan hidayah buat anda semua dari saya, yang belum berkesempatan ke sana dengan 'pelbagai alasan' dan urusan dunia. Moga kita semua mendapat pahala puasa walau dengan seribu kesilapan yang dilakukan, moga Allah kasihani kita.(Dah seakan perutusan Ramadhan atau Syawalpula..)
* Bagi yang nak sahur dan buka sekaligus iktikaf di Masjid UIA, silakan sahaja terutama untuk 10 Ramadhan terakhir ni. Boleh hubungi pejabat Masid atau tanya sesiapa yang anda kenal dari UIA.Nikmati suasana ala-ala di Mekah. Artis pun rajin iktikaf sini.Ewah!
Jumpa lagi!

