MELAKA LA Oii!!!
Dah masuk 2016 barulah nak pos ya? Haha..ni merupakan sebahagian gambar (banyak sangat, cantik pun tak..huhu) yang aku tangkap sepanjang perjalananku daripada Johor Bahru-Melaka-Negeri Sembilan-Selangor-KL-Selangor-Tanjung Malim. Perjalanan yang sepatutnya mungkin hanya 5-6 jam menjadi hampir 9 jam gara-gara keterujaan aku meneroka bumi Tuhan dengan menaiki kereta sahabatku. Aik, baik punya kawan?
Sebenarnya semasa perjalanan ini diambil pada tahun 2015 sekitar bulan Oktober, aku sudah mengorak langkah ke satu lagi kerjaya yang khidmatnya ramai pelajar-pelajar universiti perlukan. Apa tu? aku jadi 'transporter'..Sesetengah tempat panggil Prebet (tak kisah la sapu ke tak).. ala...macam Uber la..tak tahu lagi? Tak pa, nanti kalian tanya orang lain ya sebab masa memang sedang mencemburui kita, kih kih.

Sebenarnya aku memang merancang nak ke Melaka, tapi tidaklah aku melahirkan hasrat tu secara formal. Mulanya aku sekadar ingin kembali ke kampus sekaligus menghantar adikku ke UPSI, ala...universiti cikgu-cikgu tu la.. Kemudian aku terfikir yang alang-alang aku ada kenderaan, ada teman dan sedikit masa..jadi apa kata aku ke Melaka untuk melihat tempat-tempat bersejarah (aku memang minat sejarah). Kereta ini adalah milik sahabatku merangkap bos la (kira kereta syarikat la) yang dipinjamkan kepadaku untuk bawa ke rumah sempena Hari Raya Aidil Adha berikutan kehabisan tiket dan keputusan saat-saat akhir aku untuk pulang ke rumah. Jadinya, kawan aku minta la aku bawa Perodua ini untuk memudahkan aku.
Jadi perjalananku dan adikku mestilah bermula dengan melepasi Negeri Johor dan masuk ke Melaka, aku tidak tahu jalan masuk yang betul dan tiada destinasi yang tetap untuk dilawati walaupun ada hajatuntuk ke Bandaraya Melaka atau Bandar Hilir, tetapi memandangkan masa agak suntuk dan aku sudah nekad mahu masuk juga Melaka dan cuba seberapa banyak mungkin untuk melawat ke tempat-tempat menarik sekitar Melaka asalkan murah (dengan maksud tidak memerlukan yuran kemasukan atau yuran kemasukan yang sangat murah). Sambil-sambil itu, hajatku adalah untuk mencari pantai-pantai atau laut yang boleh kami singgah untuk merendam kaki adikku (adikku ada alergik kulit), menurut pendapat yang megatakan bagus untuk merendam anggota badan buat pesakit kulit bagi merawat sel-sel.

Untuk memendekkan cerita, maka kupandu kereta memasuki Kota Melaka berdasarkan papan tanda 'Bandaraya Melaka' dan terus memandu yang kurasakan kota Melaka dahulu begitu berbeza seperti lebih 10 tahun yang lalu (kali terakhir masuk Melaka adalah kira-kira 12 tahun dahulu) dan sesetengah tempat sebenarnya aku masih ingat rupa dan jalan-jalan sekitarnya.Aku 'arah' adikku untuk mengambil gambar termasuk kesesakan yang teruk (mungkin kerana ada pembinaan di tepi-tepi jalan dan kebanjiran pelawat sempena cuti perayaan). Ini sesuai dengan jolokan 'Melaka Kota Bersejarah'.
Melihatkan kesukaran memandu ke Pusat Bandar, hasrat ke Bandar Hilir dibatalkan dan perjalan diteruskan ke bahagian-bahagian pantai .Memandangkan ini sebuah Le Tour de Melaka secara redah sahaja, maka kami cuba mencari pantai atau laut terdekat berpandukan papan tanda sahaja. Mulanya kami sampai di Klebang tapi aku melihat keadaannya tak begitu sesuai untuk merendam kaki. Klebang merupakan sebuah pantai buatan, ditambak dengan pasir. Setelah bertanyakan dengan penjual yang menjual barang-barang sepserti air, layang-layang dan lain-lain di gerai-gerai yang terletak berdekatan jalan , maka kami meneruskan perjalanan. Oh ya, terdapat Bustel (Hotel Bas-bas lama yang diubah menjadi hotel) di seberang jalan pantai/tambak.
 |
| Jam is everywhere... |
 |
| Tempat kami singgah beli kuih. Komenku, serius tempat ni perlu diperbaiki 'customer service'nya, Makanan biasa ja. |

Panjang juga kalau nak cerita, mood pun dah kurang..sebab itu sebaiknya jika kita dapat sesuatu pengalaman atau cerita, lekaslah kita menulis bagi mengelakkan keterlupaan fakta dan 'emosi' serta keterujaan bercerita.Tempat pertama yang kami lawati adalah Makam Hang Tuah kemudian kami ke Pantai Klebang dan akhirnya ke Tanjung Bidara.ada juga beberapa tempat yang sekdar lalu sahaja tetapi tidak sempat memasukinya, apapun aku merasakan sangat-sangatlah bagus jika kita sesekali ke tempat bersejarah terutama generasi muda macam aku ni. Aku sendiri walaupun beraliran sains dan memang berminat dengan sains tetapi aku juga sangat mencintai dunia sejarah terutama Sejarah Melayu dan Melaka. Bagiku, orang yang mengambil berat tentang sejarah ni lebih ke hadapan berbanding orang lain sebab dia belajar dan tahu kejayaan atau kelemahan manusia zaman dulu yang boleh menjadi peringatan dan panduan masa hadapan. Orang mungkin berubah, juga masa tetapi 'cerita'nya mungkin sama sahaja..berulang-ulang sampai kita mampu mengatasinya.Ewah!!












 |
| Pintu masuk Makam Hang Tuah |
 |
| Papan tanda bergambar yang menerangkan sejarah Hang Tuah |
 |
| Makam Hang Tuah (1) |
 |
| Makam Hang Tuah (2) |
 |
| Jalan menuju ke makam sebenar |
 |
| Perkuburan awam yang terletak betul-betul bersebelahan kawasan Makam Hang Tuah |
 |
| Makam Hang Tuah (3) |
 |
| Kami menuju ke Tanjung Bidara dari Makam Hang Tuah,ikut ja papan tanda. |
 |
| Ada jalan panjang dan sunyi.Jalan ja. |
 |
| Pintu Masuk Tanjung Bidara. sebelum tu kami beli Putu Piring (kegemaranku) beredakatan pintu gerbang yang mula-mula. |
 |
| Tempat meletakkan kenderaan tapi kami 'parking' di luar.Berhadapan kem. |
 |
| Dusk at Tanjung Bidara |
 |
| Ombak menghempas pantai..ewah.. |
 |
| Selat Melaka |
 |
| Kem Terendak berhadapan Tanjung Bidara |
 |
| Masa ni dah masuk Selangor. Jerebu masa ni.Maghrib sudah.. |
 |
| Makan malam di salah sebuah kedai tepi jalan. Nasi putih, tomyam, telur dadar, sayur goreng dan daging merah juga air. |
Akhirnya, sesampai di Tanjung Malim, kami mencari makanan dengan singgah ke sebuah kedai makan yang terletak berhampiran dengan tepi jalan. Rasanya, pemiliknya berasal dari Kelantan berdasarkan telor perbualan bersama kami. Adikku teringin mahukan telur dadar, namun aku menolak kerana dia sendiri mempunyai alahan kulit dan sering mengadu gatal-gatal di kaki tetaoi akhirnya terbit rasa simpati, akhirnya aku tempah ja. Alhamdulillah...memang enak walau tak boleh tanding kawasan Batu 8 Gombak (kedai depan kubur tempat pelajar-pelaja UIA selalu makan dengan kadar yang berpatutan dan murah).
Selepas makan, aku tumpang 'menginap' secara haram di asrama adikku kerana hari sudah terlalu larut malam. Aku tiba-tiba rasa tak begitu selesa untuk pulang bersendirian melalui jalan lama Kuala Kubu Road. Sebenanya, sebelum aku naik ke 'flyover' yang betul-betul berhadapan UPSI, entah tiba-tiba mataku tidak dapat melihat jalan dan aku hampir terbabas. Belum sempat aku terbabas, tiba-tiba ada sebuah kereta dari kiriku (sebuah pacuan 4 roda) yang menyuluhkan ke arah jalan dengan'high beam'nya yang menyebabkan aku seakan dapat melihat semula jalan dan sempat bagiku menukar arah untuk menaiki flyover daripada terus memandu ke Proton City atau terlanggar besi penghadang. Memang jalan sangat gelap ketika itu dan begitu sunyi!
Jujur aku katakan, kereta itu seakan memberi petanda dan penyelamat bagiku ketika itu. Aku merasakan kereta itu seakan menyedari bahawa kami mungkin tak nampak jalan dan hampir mengenai penghadang besi jalan. Jadi, aku memutuskan untuk tidur saja di situ sementara menunggu pagi dan keesokkan itulah aku pergi ke Bukit Fraser seorang diri (betul-betul perjalanan yang panjang dan agak bahaya) tapi Alhamdulillah, berjaya melepaskan hajat menjelajah sedikit Bumi Tuhan pada waktu yang sangat singkat 24 jam dengan tempoh pemanduan kira-kira 14 jam seorang diri.