CINTA JANGAN PERGI
Gambar: Iman Umar Muhammadi
Angin lembut dan dingin
Menyapa tubuku malu-malu
Seiring itu
Terbawaku dengan memori lalu
Tentang kisah yang satu itu
Betapa besar nikmat dariNya
Walau sering kita berdosa
Mencipta syurga buatan manusia
Menghirup lautan kasih milik Dia
Kerana itu
Aku menjadi gila seketika
Bagaikan Majnun yang inginkan Laila
Kewarasan seakan terlarut cair
Seakan garam di lautan samudera
Rasanya masin
Tapi mampukah merubah hati penghuninya?
Sedangkan jasad lagi tidak terusik?
Kerana itu sering aku melilau
Ke sana ke mari
ke sini ke sana
cuba menagih simpati?
Atau mengejar pada yang tak sudi?
Kerana cintakah?
Yang menjadi candu
Mengalir dalam darah
Mengubah deria rasa
Duka jadi suka
cuka jadi gula
racun jadi penawar
Kadangkala menyesakkan
Kadangkala membahagiakan
***********************
Jauhnya berbatu-batu
Tapi di ingatan tetap utuh
Maka terbitlah pelbagai melodi indah
Untuk meluahkan perasaan berjiwa
Yang entah benar
Entahkan salah
Takkan ia muncul dalam mimpi
Atau berada tiba-tiba di sisi
Walau ber’zikir’ namanya beribu kali
Namun semua,
mari dengar sini!
Tetap cinta subur tidak mati
Sampai Tuhan mentakdirkan ia menyepi
Bila maut tiba
Atau kerna Tuhan yang Maha Pengasih
Mencabut ia pergi
Kerana besarnya
Cinta Tuhan yang Maha Pengasih
Pada hamba yang tidak sedar diri
Tuhanku,
Cinta jangan pergi!
11/3/2015
10.38 pm