Aku nak memperkenalkan ini adalah antara haiwan-haiwan kesayanganku, CIK NAB @ RENAB. Sebenarnya arnab.Dalam bahasa Arab pun dipanggil 'arnab' (alif-ra-nun-ba), dalam bahasa Inggeris , 'Rabbit' dan 'Bunny' adalah istilah dalam kalangan kanak-kanak,manakala kelinci panggilannya dalam bahasa Indonesia dan berasal dari perkataan Belanda.
| Putih kata "Sian saya.." |
| Perang atau Coklat (Palingku sayangi) yang terlalu comel muncungnya.SubhanaAllah,!Juga bola kecil sebagai penambah seri. |
Mereka kelihatan sangat comel sekali, hingga menggugat kewarasanku,erk?.Hakikatnya mereka memang comel, aku sangat sayang haiwan-haiwan.Tapi sekarang ni, arnab-arnab ini ada di rumah keluargaku, sebab aku tinggal di asrama dan ayahku lah yang sebenarnya beli mereka ni.Tapi aku yang paling sayangkan mereka.Gambar-gambar ini aku tangkap sebagai kenangan , tapi 2 gambar ja lah boleh dimuatnaik.Lain-lain, privasi,hehe. Aku akui arnab adalah haiwan sensitif dan perlukan jagaan yang rapi.Namun comel,lembut dan sedap isinya,haha!Yang bela ni aku tak nak la makan, sebab kita dah sayang sangat.Tapi kalau dah darurat tu ,ada kemungkinanlah,hu.
Mereka ini memang kini menjadi sebahagian rinduku kini, lagi-lagi risau macam mana ayahku jaga mereka.Harap mereka sihat-sihat selalu.Apapun, haiwan-haiwan adalah salah satu nikmat Tuhan, sebahagian darinya sebagai kenderaan- seperti kuda,unta, sebahagian sebagai sumber makanan-lembu,kambing ikan-ikan termasuk Cik Nabku tercinta,huhu dan ada juga sebagai penghibur hati manusia-kucing, ikan hiasan, Cik Nab(lagi sekali?) dan lain-lain.Malah, mereka juga bertindak sebagai ahli ekosistem di Bumi ini.
Hak-hak nak jaga haiwan ini juga perlu kita pelajari dan amalkan, bukan sukahati ja nak buat eksperimen k?.Berilah keadilan pada mereka walaupun mereka ini haiwan, layan penuh kasih sayang.Pencinta haiwan betul aku ni!Nak cakap banyak (tulis la) pun aku malas, ingatlah cerita di mana pelacur masuk syurga kerana memberi minum anjing.Jadi, sempurnakan hak.Kalau tak, jawablah nanti di Hari Pembalasan nanti,hoho!
No comments:
Post a Comment