Nak Menulis dalam blog?
Pada ruangan kali ini, aku masih lagi mencari-cari rentak penulisanku sendiri.Dalam kepalaku ini sudah pelbagai idea-idea muncul sejak bertahun-tahun lamanya, cuma aku rasa malas belum rajin lagi untuk menterjemahkan ideaku ini dalam bentuk penulisan berbanding sekadar teori semata(Alasanku,huh).
Antara punca-punca yang dapat kukenalpasti mengapa aku malas menulis walhal masa sekolah aku sering menang pertandingan tulis esei dalam dan luar sekolah (dahulu kala) adalah:
- Aku budak 'engine'(kejuruteraan)-banyak kira-kira dan banyak kerja,jadi penulisan pun semakin dilupakan.
- Kurangnya motivasi-daripada dalaman diri terutamanya,kalau dah faham,mesti tak beralasan kan?
- Kurang kemahiran-Aku mungkin boleh menulis tapi kemahiran memilih topik dan mengembangkan topik juga perlu,jadi kita tidak ketandusan idea dan seterusnya membantutkan usaha penulisan itu sendiri.Jadi, sesetengah kursus memang membantu.
- Lain-lain.
Jadi, aku merasakan blog merupakan salah satu medan buatku untuk menajamkan semula skilku.Aku akui, skil komunikasiku lebih kepada percakapan terutama pengucapan awam atau 'Public Speaking'.Tetapi dalam meningkatkan kemahiran diri terutama kalau kita memang jenis nak bergaul atau bekerja dengan masyarakat umum, penulisan memang penting.Macam dalam posku sebelum ni, kita boleh:
- Merakamkan peristiwa yang terjadi pada kita atau orang lain khasnya sebagai panduan.
- Menyampaikan mesej-mesej kebaikan terutamanya kepada sasaran pembaca.
- Membuka perbincangan kepada diri sendiri dan orang lain.
- Menambah pengetahuan.Penulis kenalah banyak membaca, utuk meluaskan pandangan dan menambahkan ilmu.Bukan sekadar pandangan peribadi sahaja.
- Lain-lain-sila tambah sendiri.
Memang ianya tergantung pada kita.Kalau tujuan kita hanya untuk peribadi, maka semakin kecillah ruangan kebaikannya.tapi makin besar tujuan penulisan kita, maka makin banyaklah perkara-perkara perlu diambilkira.Jadi bagi merealisasikan impianku ini, ada beberapa isu atau fokusku, antara tajuk besarnya ialah:
- Tulisan jawi
- Pengalaman diri
- Isu ummah-Ummatic issues
- Kegemaran diri-seperti memasak, Seni ,Sains dan Kejuruteraan,Sejarah ,Sukan .
- Dll.
Dalam mencari idea-idea, imaginasi itu penting, dimana timbulnya 'Brainstorming' atau janaan idea.Berimaginasi itu sangat penting sebenarnya bak kata-kata Albert Einstein,"Imagination is more important than knowledge''.Malah ada pepatah hikmah yang tidak aku kesan periwatnya /pensanadnya yang berbunyi "Small mind talks about people, Average mind talks about event, Big mind talks on/about idea''(macam gitulah bunyinya).Walaubagaimanapun, aku percaya , berteori segala bagai tidak akan ke mana tanpa tujuan dan cara yang jelas.Maka, jangan biarkan dirimu diselubungi mitos dan teori-teori semata-mata, tetapi jadikan penulisan kita berguna dan bermanfaat sekurang-kurangnya pada diri sendiri dan sebaiknya pada orang lain juga.Ya tak?Ewah!
Malas-malas pun sudah berperenggan juga,hik-hik.Apapun jumpa dilain waktu k?
Wallahu'alam bissawab.
"Ilmu yang tak diamalkan seumpama pohon yang tak berbuah"
No comments:
Post a Comment