Assalamualaikum dan selamat malam diucapkan kepada semua pembaca (ada ke???) , hehe.
Apapun hari ini merupakan pos pertama-tamaku dalam bentuk perenggan dan esei, eceh! Sebenarnya sudah 6 tahun, hatiku sudah berhasrat memiliki sebuah blog, tapi hanya akhir-akhir ini ku berani untuk menubuhkannya menghasilkannya bagi tujuan berkongsi pendapat,pengalaman dan juga sebagai peringatan kepada diriku sendiri khasnya.Ramai teman-teman yang sering bertanya samada aku memiliki blog atau tidak atas sebab-sebab tertentu (malas nak tulis sebab-sebabnya ,haha)Aku percaya, setiap insan di dunia ini Tuhan jadikan begitu unik sekali, kita setiap insan berbeza kelebihan dan kekurangan, namun Allah memulangkan pada kita untuk mencorakkan kehidupan kita samada jadi orang biasa atau luar biasa.
Aku sendiri jujurnya seperti kalian, inginkan kehidupan yang baik di dunia dan di akhirat sesuai dengan anutan ku sebagai seorang Muslim. Dan selaku orang muda, aku juga mempunyai cita-cita dan impian, mungkin pelik bagi kebanyakkan orang umum tapi bagiku, aku mahu menjadi 'LUAR BIASA' atau berbeza.Atau lebih tepat lagi 'UNIK'.Antara sebab-sebabnya, mungkin berdasarkan pengalaman hidup, latar belakang dan tujuan hidup serta cita-cita .Kalau kita lihat pun, ramai mereka yang unik ini, cukup berjaya, terkenal dan dikagumi ramai.Lalu, impian jadi unik bukanlah ingin dijadikan idola(aku memang banyak kelemahan dan tidak berhak memikul gelaran itu), tapi menjadi unik dan luar biasa dapat menarik perhatian orang lain sekaligus menjadi penggalak orang muda di luar sana khasnya remaja agar kita dapat memaksimumkan kelebihan diri (faham tak?huhu).Dan kelebihan diri ini yang kita panggil unik ini akhirnya bergerak ke arah kebaikan sejagat terutamanya sebagai khalifah.Aku sendiri pun sebenarnya tidak mahu menjadi 'mainstream'-jalan perdana/jalan kebiasaan.
Selagi ianya betul-tidak terkeluar dari keadilan walau jalan berbeza (tapi jangan sampai membebankan) , maka unik itu bagiku perlu.Sebagai contoh, kini ada pelbagai cara dilakukan penceramah motivasi dan ustaz-ustaz untuk menyampaikan mesej mereka, yang dahulunya dianggap janggal.Inilah salah satu conto unik.Ingin sekali aku memberikan contoh-contoh yang lebih jelas dan penerangan lain, tapi mungkin di lain kali(rasa malas, isk-isk).
Akhir kata, mohon doa kalian semua untuk kebaikan.Aku memang mahu jadi unik tapi aku bukan ustaz/ustazah jadi harap maklum yang ilmu aku memang terbatas dalam banyak perkara. Aku pelajar mekanikal tapi sudi ditegur, sebaiknya dengan lembut dan hikmah bro, sebab aku pun sensitif juga.Ha ha.
Salam sayang dari saya, Iman Umar Muhammadi ,kita jumpa lagi di lain waktu di rancangan yang sama pada waktu dan jam yang akan dimaklumkan nanti,haha....Jaga diri dan Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment