Tuesday, 4 March 2014


                                                     HIDUP INI UJIAN DIRIKU

SEMUA AKAN DIUJI

             Tidak ada manusia di dunia ini yang tidak akan diuji.Samada kesenangan atau kesukaran, itulah ujian.Yang tingkatannya tergantung pada kemampuan susuk individu itu sendiri.Uijian dalam hidup juga kadangkalanya datang satu persatu,mahupun bersilih ganti.Ada ketikanya setelah lama satu tempoh, ia muncul semula.Namun ada juga ujian itu datang secara ‘berjemaah’ dalam satu-satu masa.Bertimpa-timpa pula!Innnalillah..
                                                                   
         
Picture from Internet

           Seringkali bila kita berada dalam keadaan selesa, kita beranggapan kita tidak diuji.Hal ini terjadi kerana kita berasa senang, ‘in comfort zone’ dengan keadaan itu.Sesampainya kita merasakan bahawa kenikmatan yang Tuhan berikan itu serasa satu Rahmat  atau tanda keredhaan dan cintanya pada kita semata-mata.Malah berkemungkinan kita berasakan nikmat-nikmat yang Tuhan berikan pada kita adalah kerana kita berasa ‘layak’ memilikinya, dan bukan kerana Ihsan Allah yang Maha Pemberi Rezeki dan bukan hanya Maha Pemurah dan Maha Penyayang seperti terkandung dalam 99 Nama Mulianya.

           Benar!Memang segala yang diberikan olehnya kepada kita adalah Rahmat dari Tuhan Pemilik Rahmat dan mungkin tanda kasih sayangnya kepada kita.Namun,  dengan jika kita beranggapan yang Nikmat atau kesenangan yang diberikan itu sekadar tanda kasih semata-mata ,maka kita silap!Nikmat yang Tuhan berikan boleh berupa satu anugerah kepada manusia yang diinginiNya serta atas kehendakNya.Tetapi dari sudut yang lain, marilah kita lihat Firman Allah dalm surah al-Hadid (57:20):

“Ketahuilah, sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan senda gurauan, perhiasan dan saling berbangga  di antara kamu serta berlomba dalam kekayaan dan anak keturunan, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengangumkan para petani;kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur.Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah dan keridaanNya.Dan kehidupan  dunia tidak lain hanyalah kesengan yang palsu.”

      Nikmat Tuhan terlalu mewah di muka Bumi ini.Hubungan kemanusiaan seperti pertalian keluarga, sahabat dan teman seperjuangan ,keperluan asas seperti udara, air , makanan dan tempat tinggal malah nikmat dunia ini juga merangkumi kemampuan untuk meneruskan hidup, kesabaran, ketenangan, ilmu-ilmu serta skil-skil dan kemahiran yang berbeza antara satu individu yang lain.

         Jadi, adakah kerana kita melihat di saat insan lain atau diri kita sendiri mendapat Nikmat, maka dengan segera kita menganggap bahawa ia tidak diuji?Di saat insan lain mendapat Nikmat atau kurniaan, kita berasakan “Alangkah untungnya si dia itu?” .Dan sekiranya kita benar-benar ada rasa yang tidak enak, boleh jadi sahaja kita berprasangka  atau berasa iri terhadap saudara kita itu.Walhal, Allah lagi Maha Mengetahui rencanaNya berkenaan pembahagian NikmatNya itu pada hamba-hambaNya sekalipun pada hamba-hambanya yang tidak mengimaniNya seperti cerita Qarun seperti dalam Surah al-‘Ankabut ayat 78-82.

Gambar dari Internet


         Tujuan artikel ini ditulis  bukan untuk menafikan hak-hak hambaNya yang meminta kepadaNya lalu dikabulkan hajat sebagaimana kita berharap hanya kepadaNya. Apatah lagi menyangka bukan-bukan kepada Nikmat yang Tuhan berikan kepada hambaNya dengan kasih dan cintanya serta hakNya selaku Maha Kaya.Namun, saya terpanggil sebagai satu teguran halus kepada diri sendiri khasnya yang menulis ini tentang HAKIKAT UJIAN DAN NIKMAT HIDUP dalam diri individu.Supaya diriku sentiasa berasa bersyukur kepada nikmatNya dengan sebenar-benar Syukur, serta memanfaatkan nikmat dan peluang yang ada untuk kegunaan orang lain,tidak riak dan takbur dan yang paling penting :Tidak mudah melatah dan lelah bila diuji di saat insan lain menerima sesuatu yang kita sukai.Malah, berfikiran positif untuk meningkatkan keupayaan diri dan faham bahawa si pemberi Nikmat juga diuji mengikut tahap kemampuannya seperti dalam surah al-Baqarah (2:286)

NIKMAT DAN KEKURANGAN ITU POSITIF

         Percayalah wahai diri! Apa yang kau terima sesuatu yang baik itu nikmat, malah yang tidak kau sukai itu juga Nikmat! Malah, yang kau suka itu juga berupa ujian dan yang kau benci itu ujian buatmu! Ianya bergantung kepada mindamu untuk memberi maksud kepada semua perkataan itu.Cuba kau bayangkan, seandainya kau memiliki satu perkara contohnya wang katakan berjumlah RM 50 000.Jika kau beranggapan bahwa itu nikmat kerana kau mampu beli pelbagai benda, maka kau akan berasakan nikmat.Tapi jika berasakan itu ujian,maka otak kepalamu pasti akan pening memikirkan bagaiman  kau perlu menguruskannya samada melunaskan hutang-hutangmu, menanggung biaya kehidupanmu atau menghulurkan buat saudara-daramu yang memerlukan bantuan.

Gambar dari Internet


         Begitu juga kalau kau berhadapan dengan sebuah kesulitan yang apatah lagi halnya besar dan  jarang-jarang manusia mengalaminya seperti jatuh muflis.Jika engkau beranggapan itu malapetaka semata,maka kau akan merasakan satu kedukaan yang terlalu besar buatmu sehingga boleh membuatkan dadamu berasa sempit dan sesak akibat kau asyik memikirkan pandangan orang lain terhadapmu.Kesinambungan dari itu, maka kau jatuh sakit apatahlagi tiada siapa peduli tentangmu kerana kemiskinanmu.  Namun jika kau menganggap muflis itu suatu nikmat , InsyaAllah, wajar  pastinya perasaan sedih itu wujud bagaimanapun dirimu dengan kekuatan dalaman yang ada, engkau akan pasti bangkit semula sekalipun mengambil masa yang lama.Dengan memahami, bahwa ini semuanya adalah teguran buatmu yang mungkin berpunca kesilapan-kesilapan terdahulu yang pada akhirnya, kau yang berbekalkan keyakinanmu kepada Yang Maha Kaya bangun maju kehadapan,meninggalkan kenangan silam serta hinaan masyarakat sehingga kau berasakan seolah-olah ianya mimpi .Kau tahu kau menjadi lebih kuat dari zaman kejayaan mula-mulamu dan kau amat mensyukuri kehadiran pengalaman mehnah itu.

KONKLUSI

Duhai diri bersabarlah,

       Nikmat dan ujian hidup pasti datang bersilih ganti.Boleh jadi setelah duka yang panjang maka tibalah kegembiraan yang ditunggu sebagai satu nikmat kepadamu.Boleh jadi juga, sering aja diberi nikmat lalu Tuhan turunkan kedukaan kepadamu kerana ia mencintaiMu dan mengharapkan kau kembali kepadanya semula.Supaya kau tahu bahawa ujian hidup adalah meningkatkan prestasi kedudukanmu di ‘Mata’Nya.

“Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedkit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan.Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar, iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka berkata ‘”Innalillahi wainna ilaihi raaji’uun” (seseungguhnya akmi milik Allah dan kepadaNyalah kami kembali”) (2:155-156)

    Tiada siapa dapat memahami kedukaanmu melainkan dirimu sendiri.Kau jualah yang perlu bangkit bagi merealisasikan harapan dan cita-citamu.

*P/s: Serius nampaknya artikel hari ini?hehe.Buat adik perempuanku yang kehilangan cermin mata di sekolah masa tu.Tak pa, tu memang rezeki mereka yang mungkin lebih memerlukan.Kita 'cuci harta' kita. Moga berguna buat yang 'guna':)

Gambar dari Internet


                        Moga aku tidak ‘kalah’ lagi dalam perjuangan kehidupan ini.
                        

                                         Agi idup, agi ngalaban !(Kanag Anak Langkau)


No comments:

Post a Comment