Sunday, 26 January 2014

*ORANG SUCI*
_____________

Satu dunia yang kucipta,

Aku telah terlanjur dosa,

Samada jahil atau gila,

Aku tahu…

Tuhan lebih arif tentangnya,

Tahu takut jika dah tak bernyawa,

Lupa pula pada neraka,

Tapi khuatir tak masuk syurga,

Ironinya pandai ber‘mimpi’ mengejar pahala,

Kononnya tak mahu ‘ditinggalkan’ Sang Cinta.

Apakah peluang yang aku ada?

Aku tak mahu begini selamanya,

Manusia mula berteka-teki,

Sekelilingku mahu mengetahui,

Tapi aib diri ……

haruskah juga dilindungi?

Aku tak mahu terus ‘berlari’,

Kerana aku bukan ‘selebriti’,

Lalu putuskan di sini,

Biar seluruh alam ‘memerli’ dan ‘mengeji’,

Biar Tuhan ‘hukum’ kesalahan ini,

Andai selepas ini menjadilah aku ‘orang suci’,

Ya, seperti para Wali!

Aku mahu itu terjadi,

Menjadi ‘Orang Suci’!

Tuhan, aku menyerah diri.

(Iman Umar, 26/11/2013)

No comments:

Post a Comment