SIMPATI
******
***
*
Aku simpati dengan kamu...
Yang gagal memahami erti ‘Cahaya’,
Walau engkau kenal mana satu jenisnya,
Namun engkau menolak demi akal dan rasa,
Agar hidupmu tetap seperti biasa,
Mugkin kerana aku yang berkata-kata,
Yang padamu memang tak sempurna,
Atau kau takut untuk berubah?
Jangan-jangan kemudian nanti nikmat dunia
Tak lagi kau merasa,
Berkorban dan bersusah payah,
Seperti aku dan mereka,
Yang memilih jalan penuh 'berlurah',
Dapat aku rasa,
Pada matamu yang penuh curiga.
Sunnguh!
Aku simpati dengan kamu...
Seru sudah terlalu kerap menunngu,
Terhadap engkau yang enggan bersamaku,
Tapi engkau memilih tetap begitu,
Kelak jangan kau kesal di suatu waktu,
Lalu duduk termanggu-manggu,
Apabila semua meninggalkanmu,
Dan ‘Cahaya’ sudah tak mahu ‘berlabuh’,
Kau kata ini bahagian takdirmu.
Sungguh!
Aku 'simpati' denganmu!
(ImanUmar,25 November 2013)
No comments:
Post a Comment