Tersandar aku,
Di balik pohonan rendang,
Berlantaikan rumput hijau
Separas pinggang,
Atas hakikat kebenaran,
Yang baru ‘diperdengarkan’,
Pandangan mataku seakan kelam,
Kerana air mata yang bergenang,
Seakan mahu diseka dengan tangan,
Namun sengaja aku biarkan.
Baruku tahu apa ertinya
Hidup berTuhan,
Sejak ‘berzaman’
Aku hidup dalam ‘kegelapan’
Dalam jiwa yang tak pernah tenteram
Dijhujani persoalan demi persoalan
Tentang makna kehidupan
Mencari mereka
untuk mendefinisikan
padaku
erti sebuah penciptaan
Bukan perkara yang senang
Teoriku dianggap menyimpang
Akalku dikata kurang kewarasan
Kata-kataku dituduh pemecah kesatuan
Hanya kerana aku yang tak sama
Seperti orang kebanyakkan
Yang sekadar selesa di peraduan
Namun kerana Dia punya kuasa,
Aku bertemu jua,
Di tengah gurun yang gersang,
dan berteman bintang-bintang malam,
Sebuah kafilah perjalanan,
Yang berbicara erti keluhuran
Dan keikhlasan
Memaknakan dua buah kehidupan
di sini dan selepas kematian
Memaknakan sebuah pencarian
Tentang hidup berTuhan.
(Iman Umar, 2/24/2014)
No comments:
Post a Comment