Saturday, 1 March 2014

BAB 1: PEMBUKAAN
Maafkan aku.

Picture from Internet


Kenapa aku? Kenapa aku yang perlu menghadapi semua ni?

Pap.Sebuah buku berkulit merah ditutup.Diletak atas meja.

“Ya Tuhan.. dugaan apa yang kau berikan padaku ini?.Aku boleh jadi gila jika berterusan begini, isk.”, hatinya mengesak duka.Sesekali dia melemparkan pandangan matanya kepada ikan laga dalam akuarium di satu sudut mejanya .Ikan itu berenang-renang riang, sambil ekor dan siripnya yang berwarna-warni itu seakan menari-nari,melentukkan tubuhnya.

      Sejak beberapa tahun ini, hidupnya tidak menentu.Kepalanya menjadi serabut.Hati jadi sesak.Sakit.Air mata? Sudah terlalu sering mengalir. Cuma sahaja belum lagi mencapai tahap ‘kering air mata’.

        Sekejap-sekejap ikan biru merah  itu berubah-ubah kedudukan .Ikan itu nampaknya sedang ‘bersiar-siar’ dalam taman mininya .Ada tiga batang pokok tiruan berjenis warna dengan batu-batu jernih.Tahukah ikan itu dengan emosi tuannya itu?

        Semalam pemuda bernama Hussien datang kepadanya. Hussien bawa hajat.Bukan untuk meminang tapi minta tolong.Pagi tu Hussien bertanyakan samada yang dia sibuk atau tidak untuk petang itu.Hussien mahu minta ihsan dia untuk melakukan sesuatu.

“Macam mana? Boleh?”, soal Hussien.

“Hmm..Macam mana nak cakap ni…..”, gumam hatinya.

“Yassir Ali,boleh tak?

Tarik nafas dalam-dalam.

“Hussien…aku…aku nak sangat ikut kau.Tapi, jadual aku tak menentu lah.Boleh aku tengok jadual aku semula?”

“Kau ada masalah ke, Yassir?”

Yassir diam.Keningnya berkerut.Kepalanya tunduk.Seakan ingin menangis.Tapi ditabahkan qalbunya itu.

“Tak pa lah..mungkin kau benar-benar ada urusan.Maafkan aku kerana seakan memaksamu”, balas Hussien lemah.

Yassir ketap bibir.Tangan Hussien yang tadinya diatas bahunya itu diturunkan.Tahu-tahu Hussien sudahpun ke hadapan beberapa langkah.Yassir masih berdiri di situ.Tiba-tiba, Hussien menoleh.

“Kalau kau nak ikut, khabarkan padaku tau?”, pemuda itu berkata sambil tersenyum harapan.Yassir mengangguk seraya melemparkan senyuman balas seikhlas mungkin.Kedua-duanya angkat tangan dan akhirnya bergerak berpisah ke haluan masing-masing.

“Maafkan aku Hussien,maafkan aku kalian….”

Hussien rasa hampa.Hajatnya tak kesampaian.Yassir juga hampa.Hampa pada diri sendiri.

          Yassir kembali kepada dunia nyata.Meninggalkan memori pertemuan tersebut.Sungguh! Dia berasa sungguh kecewa dengan dirinya.Jujurnya memang Yassir ingin menyertai ajakan Hussien tersebut, tetapi ada ‘sesuatu’ yang menghalangnya. ‘Sesuatu’ yang mendera emosinya selama bertahun-tahun.’Sesuatu ‘ itu juga yang ‘menghalang’nya daripada melakukan hal-hal yang disukainya.Malah, lebih teruk, menghalang dia melaksanakan ‘benda-benda wajib’ baginya.Yassir malu.

        Yassir tukar pakain sebentar.Dia ingin mencari udara segar.Dia mahu memulihkan emosinya.Hal semalam benar-benar mendera jiwanya.Dia rasa bersalah.Rasa sedih.Rasa hina atas ‘kekurangan’dirinya.

           Basikal fixi itu dikayuh laju-laju.Menuruni sebuah bukit, sengaja dia mendepakan tangannya ala-ala aksi dalam filem Titanic.Angin kuat memukul tubuhnya.Segar udara dihirup.Ditarik nafasnya dalam-dalam sambil membayangkan alunan merdu lagu Irfan Makki dan Maher Zain, “I believe”.Basikal itu bergerak laju.Sampai dirasakan bahawa basikal itu sudah tersasar dari jalan lurus, barulah dia memegang semula ‘handle’ basikalnya itu.

“Argrhhhh………!”, Yassir menjerit sekuat hatinya.Tiba-tiba dia teringat keadaan sekeliling.Toleh kanan,toleh kiri.

“Fiuuh!Nasib tak da orang nampak,hehe..”, gumam dalam hatinya sambil tersenyum riang yang menayangkan barisan gigi sedia ada.

Kira-kira lima belas minit mengayuh, dia berhenti rehat di sebuah bangku kosong.Bangku kosong yang kelihatan indah,dilatari rumput hijau sekitarnya.

“Bismillah”

Yassir duduk di tengah-tengah bangku itu sebab memang tiada orang disekitarnya.Mungkin kerana masih pagi, jadi ramai  yang mungkin bercadang berehat di rumah.

Yassir sudah lama tidak bersenam.malah jarang dia dapat meluangkan masa di luar.Dia banyak sibuk dengan urusan belajarnya di fakulti dan berprogram.

“Ya Allah….aku tak kuat…Allah..”

Yassir meraup mukanya dengan tangan. Lafaz istighfar berulang-ulang kali keluar dari bibirnya.Matanya seakan berkaca.Langit seakan kabur.
******************************************************************************
 Bersambung..



No comments:

Post a Comment