MANUSIA SEMPURNA
![]() |
| Gambar dari Iman Umar Muhammadi. Lokasi E0 , KOE, IIUMG |
Baru sebentar tadi aku tergerak hati mahu membaca blog adikku. Biasanya aku memang tidak membaca apa yang tulis oleh orang yang terdekat denganku seperti adik beradik atau sahabatku. Semuanya berkemungkinan samada aku tidak kisah (Aiman tak kisah?) atau ambil enteng, rasa tak pelu, atau malas, atau mungkin kerana khuatir akan mencampurbaurkan emosi dengan pendapat dengan perhubungan atau mungkin juga aku rasa sedikit tercabar dengan penulisan mereka yang sedia ada hebat (beberapa sahabatku adalah editor dan penulis buku) yang mengingatkan aku kepada kenangan memenangi Pertandingan Menulis Esei ketika zaman sekolah dulu.
Atau sememangnya minat aku yang mendalam terhadap membaca terutama bacaan serius sebenarnya semakin luntur? Aku baca, tapi tak habis. Kemudian, aku pergi ke bahagian yang lain, baca, juga tak habis. Kemudian beralih lagi ke penulisan yang lain. Lalu, aku buat kesimpulan sendiri tentang apa yang terjadi ( dari pembacaan melalui penulisan blog adikku). Apa dia? Shh....mari dekatla..Tak sampai tangan ni nak tarik telinga kalian (jangan tarik telinga orang, tak baik..). Angguk kepala dua kali. Dah?Sekali lagi.
Belit-belit la..Baik terus terang..hmm.....Berat nanang ni...
Dah kenapa? Adik kau ada buat pengakuan dosa ke? Did he confessed anything bad? Did he posted any suspicious picture? Ada gambar awek dia situ? ( Geleng kepala tiga kali).
'Guilty' atau rasa bersalah. Itu yang aku rasa. Sebagai seorang tua, aku merasa sedih bila ada kesukaran-kesukaran yang perlu ditempuhi oleh adikku walaupun ada di antaranya bagiku (pendapat peribadiku) boleh diatasi dengan mudah. Membaca bagaimana dia harus menghadapi masa-masa getir menyiapkan tesis dan pengajian 'master'nya, mulanya ku merasakan dia sepatutnya bersikap tenang dan sabar menghadapinya (lagipun dia yang nak sambung belajar, peh..ayatku) tetapi saat aku terbaca yang dia menceritakan bagaimana dia jatuh sakit atau demam, maka saat itu aku mungkin mula merasa sedih. Aku tidak menjaga dan melindunginya sebagaimana aku menjaga mereka (adik-adikku) semasa kecil.Tarik nafas dalam-dalam.
.
Lebih-lebih lagi bila mengingatkan bagaimana beberapa ketika ini, pelbagai perselisihan faham sehingga berlaku ala-ala perang dingin , kata-kata tajam dan sindiran, maka mataku tertutup beberapa saat , sebelum kucelikkan mata semula. Memikirkan betapa kadangkala kita terlepas pandang terhadap banyak perkara, terhadap orang-orang yang kita kata kita cintai. Betapa saat ini, ketika kita sedang memikirkan cinta dan cita yang tak pasti, ada hati-hati yang mungkin terluka kerana kita atau kalau pun bukan kita puncanya, kita masih tidak mampu untuk berusaha membantunya, memberi sokongan padanya atau sekurang-kurangnya mendoakannya.Ya, doa.
Betapa kita tidak sempurna, tapi Tuhan berikan akal, emosi, jasad, rohani dan syahwat yang jika digabungkan, seharusnya menjadi manusia yang seimbang. Namun, ramai antara kita gagal. Lalu, esok bagaimana aku apabila selesai menulis ini? Lebih baik atau buruk?
P/s: Tiba-tiba teringat salah satu lagu kegemaranku (Manusia Sempurna nyanyian Awi Rafael dan Ayai), begitu bermaksud dan merdu, lagi-lagi ada unsur rock.

"Every sinner has a future, every pious has a past"(Wisdom words)

| Kredit kepada Iman Umar Muhammadi. Lokasi: Proton City, Tanjung Malim |
.
Lebih-lebih lagi bila mengingatkan bagaimana beberapa ketika ini, pelbagai perselisihan faham sehingga berlaku ala-ala perang dingin , kata-kata tajam dan sindiran, maka mataku tertutup beberapa saat , sebelum kucelikkan mata semula. Memikirkan betapa kadangkala kita terlepas pandang terhadap banyak perkara, terhadap orang-orang yang kita kata kita cintai. Betapa saat ini, ketika kita sedang memikirkan cinta dan cita yang tak pasti, ada hati-hati yang mungkin terluka kerana kita atau kalau pun bukan kita puncanya, kita masih tidak mampu untuk berusaha membantunya, memberi sokongan padanya atau sekurang-kurangnya mendoakannya.Ya, doa.
Betapa kita tidak sempurna, tapi Tuhan berikan akal, emosi, jasad, rohani dan syahwat yang jika digabungkan, seharusnya menjadi manusia yang seimbang. Namun, ramai antara kita gagal. Lalu, esok bagaimana aku apabila selesai menulis ini? Lebih baik atau buruk?
P/s: Tiba-tiba teringat salah satu lagu kegemaranku (Manusia Sempurna nyanyian Awi Rafael dan Ayai), begitu bermaksud dan merdu, lagi-lagi ada unsur rock.

No comments:
Post a Comment