Kuala Lumpur Kota Rayaku & Selangorku Sayang (Bahagian 2)
Gambar UIA Gombak oleh Iman Umar Muhammadi
Jika semalam aku telah menceritakan memori 30hb yang sangat kalut itu, maka apa kata kita lihat apa yang berlaku pada keesokkan harinya iaitu 31 Ogos 2007 yang bersamaan dengan Hari Sambutan Kemerdekaan Negara yang...yang , yang ke berapa ya?cuba kira,haha
Entah macam mana, aku menyedari yang aku sudah pun kehilangan nota Fizik! Kenapa aku perlu gelabah, kenapa ya? (jap tengah fikir)ermm...mestilah aku kena gelabah sebab yang pertama, lepas cuti tersebut aku bakal menduduki peperiksaan pertengahan semesterku yang pertama dalam hidupku. Yang kedua pula sebab madam aku sangatlah ditakuti,alamak, lari! Haha..Sebenarnya madam sangat baik hati dan tidak kasar bahasa dan tingkah lakunya, tetapi kami gerun dengannya sebab mengenangkan suara madam muda yang nyaring itu.
Malah ada pelajar lelaki mengatakan bahawa "Madam tidak kasar tetapi bahasanya 'menusuk jiwa' ". Maksud kami, sungguh madam suaranya lembut tetapi nyaring bunyinya dan apabila beliau 'naik angin' pada kami yang nakal ini, maka kata-kata dan nasihatnya benar-benar tajam dan pedas walau tiada makian atau herdikan, hahahha....aku pun sudah biasa ditegur madam(maaf aku hendak rahsiakan nama madam) secara langsung dalam kelas dengan gayanya tersebut. Aku masih ingat saat madam berkata "awak ni (sambil menyebut namaku), cubalah duduk elok-elok, cuba lihat kawan-kawan awak yang lain. Pakai kain.." , sambil aku tersengih seperti kerang busuk sambil juga kawan-kawan perhati sahaja akanku,haha.Harap kalian jangan lupa pula aku perempuan tau, bukan lelaki(sila rujuk entri sebelumnya)
Pernah juga satu saat bilamana aku ditegur kerana tulisanku yang cakar ayam walhal masa sekolah rendah sering memenangi anugerah tulisan rumi dan jawi tercantik (sadis). Madam membandingkanku dengan sahabat yang lain sambil berkata " Tulisan awak ni (sambil menyebut namaku) macam cakar ayam, tulisan brother ____ (panggilan untuk pelajar lelaki) lebih cantik dari awak.....".
Pap! Begitulah lebih kurang ayat madam, sekali lagi kawan-kawan hanya menggelakkan dalam hati, huhu..Tetapi...tetapi...kerana madam lah aku berjaya membaiki tulisanku untuk menyiapkan tugasan Fizik 1 nya itu. Aku sampai macam OCD pula sebab 1 ja kesalahan terus aku guna kertas baru,haru...Akhirnya, madam memuji peningkatan prestasiku kerana berjaya 'mengemaskan' penulisan tugasanku, terima kasih madam! Nasib baik aku cuma pelajar kejuruteraan (budak engine), jika tak mungkin beratus kertas dan jam aku perlukan semata-mata bagi menyiapkan kerja.
Pap! Begitulah lebih kurang ayat madam, sekali lagi kawan-kawan hanya menggelakkan dalam hati, huhu..Tetapi...tetapi...kerana madam lah aku berjaya membaiki tulisanku untuk menyiapkan tugasan Fizik 1 nya itu. Aku sampai macam OCD pula sebab 1 ja kesalahan terus aku guna kertas baru,haru...Akhirnya, madam memuji peningkatan prestasiku kerana berjaya 'mengemaskan' penulisan tugasanku, terima kasih madam! Nasib baik aku cuma pelajar kejuruteraan (budak engine), jika tak mungkin beratus kertas dan jam aku perlukan semata-mata bagi menyiapkan kerja.
Madam, saya memang suka dengan madam sebab itu masa sem kedua saya ambil sekali lagi dengan madam untuk 'repeat' subjek tersebut setelah gagal untuk mendapatkan 'flying colours result' ,ahhaa..Saya ikhlas untuk belajar dengan semua pensyarah saya, saya tidak suka memilih pensyarah kerana bagi saya, saya patut untuk menerima kekurangan dan kelebihan kalian semua dan berbincang bagi mencapai keharmonian, ewah! Tapi ini sungguh dariku, mungkin kerana ini aku mendapat keberkatan untuk belajar walau dengan seribu kepayahan seperti selalu medapat CGPA yang rendah bawah 2.5 , sangat sukar untuk fokus belajar sehingga ada teman-teman mentertawakanku (ni masa mereka tak matang, sekarang mereka sangat menyokong) ,pernah jatuh sakit yang serius dan sebagainya.
Aku menyaksikan sendiri bagaimana sahabat-sahabatku seorang demi seorang baik lelaki atau perempuan yang sama-sama mendaftar mula meninggalkan kos kejuruteraan dan bumi Asasi(Matrik) PJ kerana mereka diuji dengan dugaan seperti 'dismisal' atau dibuang universiti kerana CGPA rendah bawah 2.0 untuk beberapa semester berturut-turut .Ada di antara mereka yang 're-admission' samada masuk balik ke kos yang sama( hanya untuk yang semester pertama dibuang) atau ke kos lain (ke aliran sastera dan kampus mereka juga lain) atau terus membawa beg bagasi keluar dari perkarangan Asasi UIA sehingga kami tidak bertemu lagi malah sehingga ke hari ini.
Mereka semua rajin, bijak dan baik sangat. Malah, sangat berbeza denganku yang belajar secara asas usahanya walau aku ada juga belajar, sehingga kawan-kawan pernah berkata, kenapa 'mereka' (yang dibuang) yang harus pergi, sedangkan aku dianggap sebagai 'dungu' kerana walau puas diajar, tetap juga aku tidak faham dan berskor rendah semasa kuiz. Tetapi ketika peperiksaan, walau aku gagal 2 atau 3 subjek daripada hanya 5 subjek yang diambil, ianya tidak menyebabkan CGPA ku bawah 2.0 setiap sem dan sekaligus mengelakkan diriku daripada dibuang universiti. Aku seringkali tidur daripada balajar walau ketika musim peperiksaan dan tidak menyiapkan tugasan dengan sempurna. Namun , tidak pula aku sesekali menipu atau meniru (ketika kuiz/periksa).Aku lagi sanggup tidak menjawab berbanding seluruh kelas sedang meniru jawapan masing-masing saat pensyarah keluar seketika,huhu.
Syukur juga aku mula berubah ketika semester kedua. Aku menjadi terlalu rajin dan lebih bersemangat walau seringkali melakukan kecuaian ketika menjawab peperiksaan khasnya. Kalau dahulu, aku sering bertanyakan mereka, kini aku pula ditanyakan mereka untuk menjawab soalan-soalan walau kawan-kawan dari kolej/asrama lain sekalipun CGPA ku masih lagi sangat rendah namun ada peningkatan dari yang sebelumnya, sekurang-kurangnya untuk bertahan sehingga sebelum masuk 'main campus'. Kecuaianku dan kegagalanku menjawab soalan dengan baik sebenarnya berasas, maksud aku ada puncanya. Ini ditambah pula dengan kesukaranku untuk fokus ketika belajar yang mungkin disebabkan sindrom hiperaktif yang bukan serius menjadikan sistem peperiksaan bertulis bukanlah satu medan yang terbaik buatku dalam pelajaran. Tetapi keadaan tersebut tidak wujud semasa zaman persekolahanku kerana aku juga adalah antara yang pernah menjadi pelajar terbaik sekolah.
Aku sebenarnya juga mengalami serangan gemuruh seakan panik atau 'anxiety' ketika peperiksaan di alam universitiku. Ia mungkin sejenis keadaan yang manusia panggil sebagai 'blur'. Aku seakan begitu keliru ketika menjawab kertas. Terasa kadang-kadang tahu jawapan tapi tidak pasti, kadangkala rasa memang tak tahu langsung. Seringkali bila tamat peperiksaan, dan keadaan menjadi tenang, aku mula mengingati semula cara menjawabnya berserta jawapan. Terlalu kerap begitu. Dan cara terbaik buatku adalah dengan membuat banyak latihan bagi mengawal rasa gemuruh bila melihat soalan. Ianya agak berkesan walau tidak sampai 100%, mungkin paling maksimum pun 50 atau 60%, tetapi tetap bermakna buatku, Alhamdulillah.
Buat sahabat-sahabatku yang pernah bersama-samaku ketika zaman Asasi UIA, PJ pengambilan atau 'intake' 2 tahun 2007 ataupun 'intake 1 dan 3', sungguh aku sangat merindukan kalian terutama yang terpaksa pergi meninggalkan kami lebih awal. Kalian tidak kalah, kerana aku tahu di antara kalian ramai yang ke tempat lain dan menyambung perjuangan kita semua samada dalam kos yang sama(kejuruteraan) atau tidak.Ada di antara kalian (samada kena buang di asasi atau main campus), sudahpun berjaya dalam bidang masing-masing. Hanya sahaja kalian diuji awal dalam bentuk sebegitu. Yang penting, jadilah kita manusia yang berguna, kerana kita masih muda dan amanah buat kita terlalu banyak untuk dipikul . Kalian tahu sebab bumi UIA ni memang banyak kebaikannya walau dahsyat mana zaman silam kita.
P/s: cerita 31/8/2007 bersambung nanti ya? :D

This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteMiss N terima kasih melawat blog ini, saya pun dah 'follow' blg anda. Bolehlah mesej saya jika mahukan sebarang tips atau berkongsi cerita, ni pun dan beberapa bulan grad. Jangan risau saya sister bukan brother tau?huhu. Salam perkenalan. :D
Delete