Wednesday, 30 March 2016


MELAKA LA Oii!!!




      Dah masuk 2016 barulah nak pos ya? Haha..ni merupakan sebahagian gambar (banyak sangat, cantik pun tak..huhu) yang aku tangkap sepanjang perjalananku daripada Johor Bahru-Melaka-Negeri Sembilan-Selangor-KL-Selangor-Tanjung Malim. Perjalanan yang sepatutnya mungkin hanya 5-6 jam menjadi hampir 9 jam gara-gara keterujaan aku meneroka bumi Tuhan dengan menaiki kereta sahabatku. Aik, baik punya kawan?

     Sebenarnya semasa perjalanan ini diambil pada tahun 2015 sekitar bulan Oktober, aku sudah mengorak langkah ke satu lagi kerjaya yang khidmatnya ramai pelajar-pelajar universiti perlukan. Apa tu? aku jadi 'transporter'..Sesetengah tempat panggil Prebet (tak kisah la sapu ke tak).. ala...macam Uber la..tak tahu lagi? Tak pa, nanti kalian tanya orang lain ya sebab masa memang sedang mencemburui kita, kih kih.



     Sebenarnya aku memang merancang nak ke Melaka, tapi tidaklah aku melahirkan hasrat tu secara formal. Mulanya aku sekadar ingin kembali ke kampus sekaligus menghantar adikku ke UPSI, ala...universiti cikgu-cikgu tu la.. Kemudian aku terfikir yang alang-alang aku ada kenderaan, ada teman dan sedikit masa..jadi apa kata aku ke Melaka untuk melihat tempat-tempat bersejarah (aku memang minat sejarah). Kereta ini adalah milik sahabatku merangkap bos la  (kira kereta syarikat la) yang dipinjamkan kepadaku untuk bawa ke rumah sempena Hari Raya Aidil Adha berikutan kehabisan tiket dan keputusan saat-saat akhir aku untuk pulang ke rumah. Jadinya, kawan aku minta la aku bawa Perodua ini untuk memudahkan aku.

      Jadi perjalananku dan adikku mestilah bermula dengan melepasi Negeri Johor dan masuk ke Melaka, aku tidak tahu jalan masuk yang betul dan tiada destinasi yang tetap untuk dilawati walaupun ada hajatuntuk ke Bandaraya Melaka atau Bandar Hilir, tetapi memandangkan masa agak suntuk dan aku sudah nekad mahu masuk juga Melaka dan cuba seberapa banyak mungkin untuk melawat ke tempat-tempat menarik sekitar Melaka asalkan murah (dengan maksud tidak memerlukan yuran kemasukan atau yuran kemasukan yang sangat murah). Sambil-sambil itu, hajatku adalah untuk mencari pantai-pantai atau laut yang boleh kami singgah untuk merendam kaki adikku (adikku ada alergik kulit), menurut pendapat yang megatakan bagus untuk merendam anggota badan buat pesakit kulit bagi merawat sel-sel.



   Untuk memendekkan cerita, maka kupandu kereta memasuki Kota Melaka berdasarkan papan tanda 'Bandaraya Melaka' dan terus memandu yang kurasakan kota Melaka dahulu begitu berbeza seperti lebih 10 tahun yang lalu (kali terakhir masuk Melaka adalah kira-kira 12 tahun dahulu) dan sesetengah tempat sebenarnya aku masih ingat rupa dan jalan-jalan sekitarnya.Aku 'arah' adikku untuk mengambil gambar termasuk kesesakan yang teruk (mungkin kerana ada pembinaan di tepi-tepi jalan dan kebanjiran pelawat sempena cuti perayaan). Ini sesuai dengan jolokan 'Melaka Kota Bersejarah'.


      Melihatkan kesukaran memandu ke Pusat Bandar, hasrat ke Bandar Hilir dibatalkan dan perjalan diteruskan ke bahagian-bahagian pantai .Memandangkan ini sebuah Le Tour de Melaka secara redah sahaja, maka kami cuba mencari pantai atau laut terdekat berpandukan papan tanda sahaja. Mulanya kami sampai di Klebang tapi aku melihat keadaannya tak begitu sesuai untuk merendam kaki. Klebang merupakan sebuah pantai buatan, ditambak dengan pasir. Setelah bertanyakan dengan penjual yang menjual  barang-barang sepserti air, layang-layang dan lain-lain di gerai-gerai  yang terletak berdekatan jalan , maka kami meneruskan perjalanan. Oh ya, terdapat Bustel (Hotel Bas-bas  lama yang diubah menjadi hotel) di seberang jalan pantai/tambak.




Jam is everywhere...


Tempat kami singgah beli kuih. Komenku, serius tempat ni perlu diperbaiki 'customer service'nya, Makanan biasa ja.


      Panjang juga kalau nak cerita, mood pun dah kurang..sebab itu sebaiknya jika kita dapat sesuatu pengalaman atau cerita, lekaslah kita menulis bagi mengelakkan keterlupaan fakta dan 'emosi' serta keterujaan bercerita.Tempat pertama yang kami lawati adalah Makam Hang Tuah kemudian kami ke Pantai Klebang dan akhirnya ke Tanjung Bidara.ada juga beberapa tempat yang sekdar lalu sahaja tetapi tidak sempat memasukinya, apapun aku merasakan sangat-sangatlah bagus jika kita sesekali ke tempat bersejarah terutama generasi muda macam aku ni. Aku sendiri walaupun beraliran sains dan memang berminat dengan sains tetapi aku juga sangat mencintai dunia sejarah terutama Sejarah Melayu dan Melaka. Bagiku, orang yang mengambil berat tentang sejarah ni lebih ke hadapan berbanding orang lain sebab dia belajar dan tahu kejayaan atau kelemahan manusia zaman dulu yang boleh menjadi peringatan dan panduan masa hadapan. Orang mungkin berubah, juga masa tetapi 'cerita'nya mungkin sama sahaja..berulang-ulang sampai kita mampu mengatasinya.Ewah!!



















Pintu masuk Makam Hang Tuah 


Papan tanda bergambar yang menerangkan sejarah Hang Tuah

Makam Hang Tuah (1)




Makam Hang Tuah (2)



Jalan menuju ke makam sebenar


Perkuburan awam yang terletak betul-betul bersebelahan kawasan Makam Hang Tuah

Makam Hang Tuah (3)
Kami menuju ke Tanjung Bidara dari Makam Hang Tuah,ikut ja papan tanda.


Ada jalan panjang dan sunyi.Jalan ja.

Pintu Masuk Tanjung Bidara. sebelum tu kami beli Putu Piring (kegemaranku) beredakatan pintu gerbang yang mula-mula.
Tempat meletakkan kenderaan tapi kami 'parking' di luar.Berhadapan kem.

Dusk at Tanjung Bidara


Ombak menghempas pantai..ewah..
Selat Melaka


Kem Terendak berhadapan Tanjung Bidara

Masa ni dah masuk Selangor. Jerebu masa ni.Maghrib sudah..


Makan malam di salah sebuah kedai tepi jalan. Nasi putih, tomyam, telur dadar, sayur goreng dan daging merah juga air.
             Akhirnya, sesampai di Tanjung Malim, kami mencari makanan dengan singgah ke sebuah kedai makan yang terletak berhampiran dengan tepi jalan. Rasanya, pemiliknya berasal dari Kelantan berdasarkan  telor perbualan bersama kami. Adikku teringin mahukan telur dadar, namun aku menolak kerana dia sendiri mempunyai alahan kulit dan sering mengadu gatal-gatal di kaki tetaoi akhirnya terbit rasa simpati, akhirnya aku tempah ja. Alhamdulillah...memang enak walau tak boleh tanding kawasan Batu 8 Gombak (kedai depan kubur tempat pelajar-pelaja UIA selalu makan dengan kadar yang berpatutan dan murah).

        Selepas makan, aku tumpang 'menginap' secara haram di asrama adikku kerana hari sudah terlalu larut malam. Aku tiba-tiba rasa tak begitu selesa untuk pulang bersendirian melalui jalan lama Kuala Kubu Road. Sebenanya, sebelum aku naik ke 'flyover' yang betul-betul berhadapan UPSI, entah tiba-tiba mataku tidak dapat melihat jalan dan aku hampir terbabas. Belum sempat aku terbabas, tiba-tiba ada sebuah kereta dari kiriku (sebuah pacuan 4 roda) yang menyuluhkan  ke arah jalan dengan'high beam'nya yang menyebabkan aku seakan dapat melihat semula jalan dan sempat bagiku menukar arah untuk menaiki flyover daripada terus memandu ke Proton City atau terlanggar besi penghadang. Memang jalan sangat gelap ketika itu dan begitu sunyi!

        Jujur aku katakan, kereta itu seakan memberi petanda dan penyelamat bagiku ketika itu. Aku merasakan kereta itu seakan menyedari bahawa kami mungkin tak nampak jalan dan hampir mengenai penghadang besi jalan. Jadi, aku memutuskan untuk tidur saja di situ sementara menunggu pagi dan keesokkan  itulah aku pergi ke Bukit Fraser seorang diri (betul-betul perjalanan yang panjang dan agak bahaya) tapi Alhamdulillah, berjaya melepaskan hajat menjelajah sedikit Bumi Tuhan pada waktu yang sangat singkat 24 jam dengan tempoh pemanduan kira-kira 14 jam seorang diri.




Monday, 14 March 2016


MANUSIA SEMPURNA 

Gambar dari Iman Umar Muhammadi. Lokasi E0 , KOE, IIUMG

        Baru sebentar tadi aku tergerak hati mahu membaca blog adikku. Biasanya aku memang tidak membaca apa yang tulis oleh orang yang terdekat denganku seperti adik beradik atau sahabatku. Semuanya berkemungkinan samada aku tidak kisah (Aiman tak kisah?) atau ambil enteng, rasa tak pelu, atau malas, atau mungkin kerana khuatir akan mencampurbaurkan emosi dengan pendapat dengan perhubungan atau mungkin juga aku rasa sedikit tercabar dengan penulisan mereka yang sedia ada hebat (beberapa sahabatku adalah editor dan penulis buku) yang mengingatkan aku kepada kenangan memenangi Pertandingan Menulis Esei ketika zaman sekolah dulu.

       Atau sememangnya minat aku yang mendalam terhadap membaca terutama bacaan serius sebenarnya semakin luntur? Aku baca, tapi tak habis. Kemudian, aku pergi ke bahagian yang lain, baca, juga tak habis. Kemudian beralih lagi ke penulisan yang lain.  Lalu, aku buat kesimpulan sendiri tentang apa yang terjadi ( dari pembacaan melalui penulisan blog adikku). Apa dia? Shh....mari dekatla..Tak sampai tangan ni nak tarik telinga kalian (jangan tarik telinga orang, tak baik..). Angguk kepala dua kali. Dah?Sekali lagi.

Belit-belit la..Baik terus terang..hmm.....Berat nanang ni...

                        "Every sinner has a future, every pious has a past"
                                                             (Wisdom words)
   
     Dah kenapa? Adik kau ada buat pengakuan dosa ke? Did he confessed anything bad? Did he posted any suspicious picture?  Ada gambar awek dia situ? ( Geleng kepala tiga kali).

       'Guilty' atau  rasa bersalah. Itu yang aku rasa. Sebagai seorang tua, aku merasa sedih bila ada kesukaran-kesukaran yang perlu ditempuhi oleh adikku walaupun ada di antaranya bagiku (pendapat peribadiku) boleh diatasi dengan mudah. Membaca bagaimana dia harus menghadapi masa-masa getir menyiapkan tesis dan pengajian 'master'nya, mulanya ku merasakan dia sepatutnya bersikap tenang dan sabar menghadapinya (lagipun dia yang nak sambung belajar, peh..ayatku) tetapi  saat aku terbaca yang dia menceritakan bagaimana dia jatuh sakit atau demam,  maka saat itu aku  mungkin mula merasa sedih. Aku tidak menjaga dan melindunginya sebagaimana aku menjaga mereka (adik-adikku) semasa kecil.Tarik nafas dalam-dalam.

Kredit kepada Iman Umar Muhammadi. Lokasi: Proton City, Tanjung Malim

.
     Lebih-lebih lagi bila mengingatkan bagaimana beberapa ketika ini, pelbagai perselisihan faham sehingga berlaku ala-ala perang dingin , kata-kata tajam dan sindiran, maka mataku tertutup beberapa saat , sebelum kucelikkan mata semula. Memikirkan betapa kadangkala kita terlepas pandang terhadap banyak perkara, terhadap orang-orang yang kita kata kita cintai. Betapa saat ini, ketika kita sedang memikirkan cinta dan cita yang tak pasti, ada hati-hati yang mungkin terluka kerana kita atau kalau pun bukan kita puncanya, kita masih tidak mampu untuk berusaha membantunya, memberi sokongan padanya atau sekurang-kurangnya mendoakannya.Ya, doa.

         Betapa kita tidak sempurna, tapi Tuhan berikan akal, emosi, jasad, rohani dan syahwat yang jika digabungkan, seharusnya menjadi manusia yang seimbang. Namun, ramai antara kita gagal. Lalu, esok bagaimana aku apabila selesai menulis ini? Lebih baik atau buruk?


P/s: Tiba-tiba teringat salah satu lagu kegemaranku (Manusia Sempurna nyanyian Awi Rafael dan Ayai), begitu bermaksud dan merdu, lagi-lagi ada unsur rock.



       





  
                                              

Sunday, 13 March 2016

                                                       RESUME KEHIDUPAN TER..


Permandangan UIA selepas subuh. Gambar rekod sendiri


      Perjalananku di universiti yang amat aku cintai, UIA Gombak sudah pun menemui titik hujungnya saat aku melangkah keluar dari pintu pagar utama beberapa hari yang lalu. Air mataku memang dapat kutahan tapi dalam hatiku ini hanya Tuhan yang tahu, begitu pedih sekali. Apatah lagi terlalu banyak kenangan suka dan duka yang hanya mereka yang pernah berada di situ mengetahuinya. 


    Saat aku pergi dari situ, bukan bermakna tiada apa-apa lagi yang tinggal buat aku. Masih terlalu banyak namun aku tiada kemampuan atau memiliki alasan yang benar-benar kukuh untuk menghalang diriku sendiri dari pergi dan terus berada di situ. Polis bantuan yang berada di depan,kiri dan kanan pagar utama pun tidak mengetahui bahawa itu mungkin kali terakhir aku keluar dari situ dan tak kembali dalam tempoh yang lama, sekurang-kurangnya untuk beberapa bulan lagi .Kenapa aku menyebut tentang polis bantuan? 

Pemandangan berdekatan KOE. Gambar sendiri. Gambar abam-abam PB,den tak da.


       Myvi putihku yang sering kali keluar masuk menghantar orang pergi dan masuk (aku sebagai 'transporter' atau prebet sapu di sesetengah tempat sebut), jadi sering kalilah keretaku ini ditahan, sebagai prosedur keselamatan biasa, sampai ada di antara mereka mengenali aku dan plat keretaku,ahha!Jadi, mungkin mereka fikir malam itu aku keluar seperti biasa.Apapun terima kasih kerana ada di antara mereka baik lelaki atau perempuan telah banyak membantuku terutama melibatkan keselamatan keretaku. Sebenarnya aku sudah pun tahu nama kalian kerana menghargai kalian. Untuk kalian semua, Kudos!Keep it up, Don't give up! You can do it! (eceh, puji nampak?)

         Kini, aku sudahpun secara tidak rasminya, seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan bukan lagi bergelar 'pelajar' lagi. Walaupun begitu, akalku masih mencari jalan agar senantiasa dapat datang atau pun menetap terus di sekitar Lembah Klang yang berdekatan sini (UIA aka IIUM). Mesti ada yang tanya, tak nak ke aku berkhidmat dengan negeri kelahiranku, Johor Darul Takzim? Tak cintakah ku kepada orang tuaku? Silap besar kawan....

      Mana mungkin aku tak cinta kepada orang tuaku sedangkan mereka adalah manusia yang masih hidup yang paling aku cintai dalam hidupku. Apapun aku ingin lakukan yang terbaik buat mereka. Begitu juga, Johor Darul Takzim, negeri yang tercinta! Tetapi mngkin kesan 9 tahun berada di bumi Selangorku Sayang (macam 'tagline' Selayangku Sayang,hik hik) menyebabkan aku terlalu merasa keterikatanku di sini. Tidak, kalau kalian fikirkan kemodenan Selangor yang buat aku ingin terus tinggal situ, maka jawapan aku ialah 'SILAP BESAR'! Aku bukannya seorang yang suka dengan kehidupan kota dengan maksud pergi ke pusat membeli belah. Waima untuk ke Masjid Jamek, Jaya Jusco pun aku terlalu jarang pergi melainkan ada urusan penting apatah lagi ke Pavillion, Times Square, Publika dan lain-lain (tak pernahlah..tak berminat, dan belum ada kepentingan lagi kes itu). ! Jadi, kau buat apa di sana? Kata transporter...hantar orang pernahlah..
  

     Aku anak bandar. Ya, aku dibesarkan dengan kehidupan di Johor Bahru, rumah aku pun rumah teres (ok kan? Alhamdulillah). Sekolah dulu pun majoriti bukan budak Melayu, cakap pun selalu 'speaking' kecuali dalam rumah (ibu bapaku memang cakap Melayu), kereta-kereta mewah pun aku dah biasa 'rasa' sejak zaman sekolah (kenderaan orang tua la) dan jamuan akhir tahun pengawas sekolah (ini pengawas poyo yang skema) setiap tahun di hotel-hotel terkenal sekitar Johor Bahru. Kiranya, kejutan budaya tiada pada aku yang melibatkan cara hidup melainkan masa aku mengikuti Program Latihan Khidmat Negara, tapi tetap aku boleh biasakan diri sebab sahabat-sahabat yang sangat baik dan minat yang sangat mendalam(sehingga kini ya) kepada badan beruniorm teutama tentera. Cita-cita kononnya nak jadi doktor tentera, itu dulu...(Aku mohon maaf, tiada berniat membangga diri, sekadar ingin menjelaskan serba sedikit tentang diriku ini)

KL Twin Towers .Gambar sendiri.



        Jadinya? Itu semua ada kaitan dengan satu perkara: Perancangan dari Tuhan(rezeki dan ujian). Tuhan telah merancangkankan perjalananku ke Selangor/KL sehingga dia juga yang mencampakkan rasa cinta yang begitu mendalam melalui jalan belajar di UIA ni.Tidak cukup dengan itu, bumi UIA tersangatlah menarik hati , menggembirakan serta menguji para penghuninya. Ia bukan pondok agama atau sekadar universiti awam yang banyak pelajar antarabangsanya daripada 100 buah negara , atau merasa megah dengan penggunaan bahasa Inggeris dan arab sebagai bahasa komunikasi utama.


 Jadinya apa?


       Ya,  sejujurnya, aku banyak mengenal konsep kerjasama atau Takaful untuk melakukan sesuatu terutama benda baik daripada UIA ni yang minta maaf, tidak dapat/sangat kurang kudapati dari tempat lain.Contoh paling mudah ialah 'IIUM Online' (InsyaAllah akanku ulas di lain kali bila berkesempatan) apatah lagi jika kita mengikuti kumpulan-kumpulan atau jemaah tertentu (mohon maaf sekali lagi, ini berdasarkan pengalaman peribadiku).Hasilnya, aku cuba praktikkan di luar universiti, terutama dengan keluarga dan orang awam lain. Harapnya begitu.
           
         Lagilah kalau kita anak sulung , yang jenis berdikari, kehidupan di tempat lain memang menambah perisa dalam 'resume' kehidupan kan? Apapun, aku masih belum memiliki kerjaya tetap. Masih mencari. Sudahpun  hantar tetapi kebanyakkan melalui 'Jobstreet'. Sudah 50 borang diisi.Ada yang nak jadikan saya perkerja terutama dalam bidang kejuruteraan sekitar Selangor/Kuala Lumpur?

P/s: Saya seorang graduan segar (fresh graduate) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam pengkhususan Pembuatan. Boleh berkomunikasi dan menulis dengan baik dalam Bahasa Inggeris dan Malaysia dan memiliki sedikit asas dalam bahasa lain.Boleh memandu dan ada kenderaan sendiri, saya juga boleh menjadi ahli pasukan yang dinamik dan dalam masa yang sama, sedia untuk belajar dari orang lain. Selain itu, memiliki pelbagai pengalaman dalam kerja-kerja berbeza walau bukan bidang kejuruteraan dan ini membuktikan saya mampu bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat dengan presentasi diri yang baik.


Kita jumpa lagi ya semua? Assalamualaikum.


Friday, 11 March 2016

                                                                   REMINISCING IIUM (1)

          There is no single word could express my feelings toward this university. Not even single letter. A place which I believe as one of the best ever place in the world for those who has/had experienced to be here. When you had been in some place more than 5 years, you now what  I mean.To show how great the feeling, I've uploaded a pictures of mine from my Nikon. Sorry for the quality since these (pictures) are from my earliest collections where during that time, I just received the camera and had no experience  to handle this gadget or join any basic class before.
Elsa the Guardian of SHAHS Mosque


Somewhere from one of female Mahallahs (colleges)


Tabur or Tabuh hill, one of the longest quartz ranges in Asia

Where brothers (male students) stay 


Purplelicious

Workshop building at Kuliyyah of Engineering


Stairways to heaven, nope, to E3 building

Palm trees